Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 27 Februari 2015

Budak demam tanda nak membesar ?

 

Kurus.. tak lalu nak makan.. Nasib baik nak gak menyusu.. Dah kembali kecil comel jer.. Kalau tak , dah nak sama size abang dia.. Abang dia pon sama gak.. mengecut..

image image

image

Tapi yang pasti la kan , kedua dua dah nampak berbeza sikap dan perangai terutama Qhaliff ! Dah pandai pulak marah sampai tahap mengigil badan ! Mana belajar pon tak tau laaa.. Takkan dia terasa dia ‘bertukar’ kot bila tiap kali marah ? Aiseyman..

Petah berkata.. Dah boleh sebut nama sendiri termasuk nama bapak dia ! Tapi kena ada orang guide la.. Kalau dia nak sebut sendiri , jangan mimpi laaa.. Takkan nak dia ! Kecuali bila terdesak , apa saja boleh berlaku !!

Paling seronok dengar ialah bila aku panggil dia ..

“ Qhaliff Imaannnn….”.

Dan dia menyahut..

“ Yaaa.. “.

Alahai.. lembut jer .. Sejuk rasa usus perut aku ni haaa.. Tu belum mak dia dgr kan ? Mesti sejuk perut ibu mengandung.. Tapi tu time dia mood comel la.. Mood tak comel , sampai kiamat dia wat dek ! Gr…

5 komen :

Abdullah Al Pinrany berkata... [Reply to comment]

biasa kalau gigi baru pertama tumbuh maka anak juga deman

Nina Mirza berkata... [Reply to comment]

Lain budak lain pembesarannya. Anak-anak Nina mmg x berapa nak besar pasal mamanya kecik aje. Yang penting baby Sihat dan graf pembesarannya meningkat dah ok.
** kata my doktor**

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

marah nak mengigil2 badan tu sama macam perangai si Qaiser ilman anak saya tu abg ben...dari kecik tu perangai gitu...marah tanpa sebab hehehhe...normal kot kan...good job qaleef dah pandai sebut Ya...maksudnya dia dh faham nama dia.

Mayang ABDUL RAZAK berkata... [Reply to comment]

comelnya qhalif iman, akak pn kekadang kalau ank buat perangai.,, kekadang akak gelak dulu.. sebab kadangkala mencuit ati.. tak jadi nak marah..

Syahida berkata... [Reply to comment]

atuk saya dulu pun selalu ckp camtu, anak2 demam nak membesar..wallahua'lam..

qhaliff & zahra, jgn mengecut sangat hokayy..nnti hilang pipi pau comel2 tu :)

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI