“ Jangan tampal cool fever di dahi anak anda ! “

by - Sabtu, Februari 14, 2015


Lama dah aku dengar info ni hinggalah aku upload gambar Zahra di bawah ni  di Instagram , dan ada rakan bagi nasihat. Maka aku seperti biasa .. takkan nak percaya terus kan ? Kena cari bukti sahih.. Setelah berpengalaman dalam dunia maya termoden ini .. aku google cari jawapan ! Apakah , mengapakah dan siapakah ?

image

Maka aku jumpa satu jawapan menarik !

image

Bukan apa… aku bawak Zahra ke Klinik Mediviron pon doktor bagi cool fever ni dan tiada pantang larang diberikan ! Hurmmm.. Satu pesan doktor .. jangan paksa anak makan .. Bagi minum air dengan kerap.. Yelah , orang demam.. mana ada selera nak makan.. kan kan ?

Alhamdulillah.. demam Zahra dah mula kebah. Dia pon dah mula nak main dan senyum setel
ah tidur berjam jam lamanya ..

Doktor pesan .. tidur dengan pasang kipas.. Kipas yer.. bukan aircond ! Doktor la yang pesan gitu..

You May Also Like

16 comments

  1. salam bangben..

    yang saya pernah baca, haba dalam badan akan dibebaskan melalui salur darah. kena sejukkan tempat2 yang banyak salur darah untuk cepatkan pembebasan haba tu..dekat dahi kurang salur darah, jadi x berapa efektif letak coolfever dekat dahi.begitulah kata org yang menulis tu..

    btw, kalau anak2 demam, saya lap dengan air batu dan selimutkan dia dengan lampin lembap. Alhamdulillah panas cepat turun.

    BalasPadam
  2. okeh..dah jumpa dari mana baca x efektif letak cool fever dekat dahi..

    "Ni aku nak sampaikan pesanan anak sedara En Wan ni.
    Kot la ada yang blom tau kan.
    Dia kata iklan cool fever tu salah.
    Iklan tu tunjuk (even kat pembalut coll fever tu sendiri) lekatkan cool fever tu kat dahi.
    Padahal dia kata kat dahi takde pembuluh darah. Sepatutnya letak samada kat ketiak, kat tengkuk atau kat belakang badan.
    Kebetulan Rayyan ni kalau demam memang dia taknak orang ganggu jendul dia. So lebih memudahkan tugas aku, tepek je terus kat belakang badan. Settle.
    So lepas ni kepada yang blom tau, sila lekatkan cool fever kat blakang badan.
    Kalau nak lekat kat ketiak tu rasanya budak mesti tak selesa kot. Tak tau la anak orang lain, tapi kalau anak aku konfem dia cabut sendiri."
    copy&paste dari blog dianaishak.com, entry 8 jun 2013

    BalasPadam
  3. yang paling bagus minum air banyak2, so that blh buang air kecik banyak2 so that haba dalam badan pun keluar :)

    BalasPadam
  4. suami saya pun pernah kena tegur dengan seorang kakitangan Am HKL tampal cool fever kat dahi anak.. dia kata tak boleh, asben sy tanya kenapa tak boleh dia tak boleh jawab tapi macam tak puas hati. balik tu saya pun goole & jumpa jawapan yang sama macam abang ben..

    BalasPadam
  5. exactly....selalu pakai pun tak kebah.. pakai tuala basah lagi okay :D

    BalasPadam
  6. Saya sapukan Serum warna hijau Miracle (MRS) di kepala anak usia 3bln, alhamdulillah berkesan, panas demam surut dgn cepat. Jmt dh, kalu dulu beli cool fever, skrg pkai ni, serbaguna..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamuaikum Serum warna hijau mana nak dapatkan.brand apa ..

      Padam
  7. Nak pakai pun tak salah tapi saya pun biasa guna towel basah, kata orang teknik sponging gitu..Kat hospital mmg diajar teknik sponging lagipun anak saya pernah demam panas dan kena warded, tapi memang kena rajin la untuk kurangkan suhu panas..Orang kita ni bijak pandai sangat takmo cari fakta, cakap tak boleh tapi kenalah bagi jawapan kan abang ben..semoga zahra cepat sembuh yea.

    BalasPadam
  8. Thanks untuk info nih.. tuala yang dibasahkan dengan air asam jawa pun bagus untuk kurangkan panas badan..

    BalasPadam
  9. saya tampal coolfever kat belakang badan dan dada. anak2 susah nak bagi jerlun kepala atau lap dengan tuala basah. sigh

    tapi kalau tampal coolfever kat dahi tu memang tak selesa, rasa berkewap kepala. mungkin sebab coolfever tu menyerap haba panas, haba panas terkumpul kat kepala banyak la kot. entah la. sekadar fikiran saya la. hehehee

    BalasPadam
  10. Aircond kurang sesuai untuk mereka yang ada penyakit-penyakit tertentu. Kipas adalah alternatif di samping udara luar yang masuk ke rumah lebih segar.

    BalasPadam
  11. bagus share info ni. saya pun bagi anak cool fever kalau dia demam tapi saya letak kat belakang badan dia supaya dia tak dapat tanggalkan. hahahha

    BalasPadam
  12. emm sekadar nak tanya jerk nie..kalau pening2 ala2 mcm mabuk laut gitu agaknye boleh ke main tampal cool fever dewasa tu dgn kerap erk?saya cume pelik bila tgk roomate selalu tampal cool fever dewasa walhal die tak demam panas tapi hanya kerana pening mcm tu jerk da tampal stem biru tu..

    BalasPadam
  13. naseb smpt buat research . sbb sye ni tngh demam . nk jelur tu buleyh tpi tu ah pning smpai munth ") . thanks bgi info :)

    BalasPadam
  14. kalau anak demam, ada masa saya letak cool fever kat dahi, ada masa kat belakang badan anak, alhamdulillah setakat ni ok je letak kat mana2 pun

    BalasPadam
  15. baaru tahu. Nasib baca kebetulan anak tengah tak sedap badan dua2. ni

    BalasPadam