Tiada lagi ‘holiday’ di Tahun Baru Cina !

 

Kalau kena cutinya bersambung hingga hujung minggu seperti tahun ni , aku tak nak gi mana mana melainkan naik kapal terbang jer ! Kalau dalam negara , aku nak gi bercuti depan rumah jer !!!!! Tamo jalan mana mana dahhh ..

Kenapa ? Mengapa ? Huhuhuh.. Tau kan aku sekeluarga ke Pulau Pinang kan ? Tujuan utama adalah untuk menziarah pakcik dan sepupu aku yang kurang sihat serta jenjalan tempat tempat best untuk di makan..

Tapi untuk sampai ke destinasi , kena harung kesesakkan lalu lintas yang amat luar biasa dan nak balik pon gitu ! Bayangkan , balik tu bertolak jam 2 petang.. sampai depan rumah , 1.30 pagi !!! Hampir 12 jam kauuuuuu !!

Ditambah dengan cuaca panas , aku terpaksa berenti di setiap hentian untuk elakkan terlelap sewaktu memandu !! Mata letih sebab silau mentari.. Hurmm..

Kemalangan besar dan kecil menambahkan lagi kesesakkan disertai dengan pengguna pengguna lebuh raya yang tak sabar.. gi bantai ikut laluan kecemasan .. Mat mat motor besar pon aku tengok macam tempah maut pon ada .. Besar dan kecil la.. Dalam kesesakan gitu , bantai pandu laju laju ! Bayangkan kalau ada pemandu kereta tetiba masuk laluan bersebelahan ???

image

image

Hurmmm.. Aku cuba lari ikut jalan lama tapi .. hurmm.. tak berani sebab sampai lewat malam ! Lalu pulak kawasan yang aku tak familiar.. Ada anak kecil.. Batalkan hajat.. Balik kembali laluan asal ! Nasib baik jumpa masjid.. boleh gak singgah solat dan rehat sambil bersihkan Zahra yang kebetulan berak… huhuhu.. Kalau kat RnR ? Jangan mimpi laaa nak dapat guna tandas terutam tandas perempuan ! Beratur panjang koooo…

image

Bila sampai rumah.. gi tapau makanan.. Keluar dari kereta.. terhoyong hayang jalan.. Bontot pon dah kematu ! Huhuhu..

Muka stress tengok jalanraya dan keadaan kereta ! Huhuhuh..

image

Apa pon syukur pada Allah.. kami selamat tiba di rumah !

6 ulasan:

  1. Saya nak ke pejabat pun lambat tadi...orang KL nak balik dari Kota BHaru

    BalasPadam
  2. Adus semua tpt jem jem jem..melayu Raye sakan plk

    BalasPadam
  3. kalau laluan belah utara, mana celah tak jem jalannya bro Ben.... itu pasal kalau cuti perayaan gini ain rela stay kl, duduk kt rumah.... sbb dh boleh byg suasana je. x ssanggup nak harung.....kecuali raya aidilfitri sama raya haji...no choice la. kang tak balik kpg meraung sesorang kt kl haaa...ekeke

    BalasPadam
  4. Tengok gambar pun dah stress.. Ni dok fikir, cmna la nk blk raya nnt.. Dgn baby lg.. Thn lepas dh sangkut jem 12-13 jam.. Usya tiket flight la gamaknya.. Huhu..

    BalasPadam
  5. rmai yang balik ke utara kot ..kami pun ke utara tp perjalan smooth je.... bertolak time puncak balik pun time puncak kot

    BalasPadam
  6. Kami sekeluarga memang dah berazam tak akan bercuti ke mana-mana sempena Cuti Tahun Baru Cina. Ini adalah sebab utamanya...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009