Berlatih senyum di Hotel Perdana Kota Bharu

by - Selasa, Mei 03, 2016

 

Hehehee.. Aku memang payah nak senyum. Bukan apa… setiap kali aku senyum , pasti akan ada yang tergoda ! Hahahaha.. Tak caya , tanya la mereka yang pernah menerima senyuman aku.. Mesti akan terbawak dalam mimpi ! Siap pernah kata , dating terus ngan aku dalam mimpi tu haa ! Haaaaaaa ! Sejak tu , aku simpan senyum aku.. ngan budak budak je aku leh senyum..

image

Tapi sejak aku tiba di Hotel Perdana Kota Bharu , Isnin lepas.. aku mula belajar senyum.. Setiap langkah aku di situ, andai terjumpa staff mereka.. aku akan melemparkan senyuman. Bukan sebab situ staffnya cun cun  dan kacak belaka tapi sebab mereka akan lemparkan senyuman pada kita dulu.. Nak tak nak , kena balas ! Kang tak balas, kata sombong ! Lagi pun , tak baik tak kannn .. kena balas senyuman orang..

Disebabkan keramahan mereka tu , aku rajin laa turun ke bawah.. jenjalan.. Rasa seronok kat hotel ni ! Patutnya , hari ni aku dah check out tapi aku buat keputusan untuk tambah semalam lagi di sini ! Maklumlah , pasni payah dah nak ke sini ..

Aku masuk gym.. staff yang bertugas membersihkan kawasan ketika tu pun peramah.. Berbual mesra je ketika aku bertanya itu ini. Takde sapa la yang muka masam.. Tu belum kat kaunter lagi.. Respek tul laa diorang ni. Banyak banyak hotel aku pergi , ni paling membuatkan aku rasa macam nak terus tinggal kat sini.. Hahahaah.. Tu pon kalau aku kaya la cam Bill Gates.. Hehehee…

Tahniah Hotel Perdana ! Terus berikan senyuman ! Penat hilang tengok bila korang senyum.. hahaaa..

Psstt.. Bila keluar dari hotel , muka jadi masam balik.. Sebelum sampai hotel , aku train muka aku.. senyum Ben , senyum !

You May Also Like

8 comments

  1. there is no thought in Kelantan this kind of intimate hotel ..

    BalasPadam
  2. saya dekat mana-mana senyum..hhhahahaa

    BalasPadam
  3. senyum itu sedekah a.ben..hehe

    BalasPadam
  4. dayah selalu disalah ertikan senyuman tu..so xnak senyum dah..huhu

    BalasPadam
  5. Terima Kasih Ben kerana memilih Hotel Perdana Kota Bharu. Terima Kasih di atas ulasan & review. Di harap berjumpa lagi. Insyallah.

    BalasPadam
  6. hhaha org kelate meme ramah . Senyum sokmo :)

    BalasPadam
  7. memang betul.. hahahaah ... aben susah senyummmm

    BalasPadam