Best Online Shoppe : Bila wife beli barang di luar negara , murah !

by - Jumaat, Mei 06, 2016

 

“ Bang.. nak beli iron tu.. Murah gile skang ni ! Tengah sale kat UK tuuu. “

“ Nak beli kat mana ? Haish.. boleh caya ke ? Kang kena tipu kang ! Haaa.. Dah la skang ni ramai je penyangak online ! “

“ Boleh caya la bang.. Siap ada register SSM lagi ! “

Dan wife pon beli laa.. Bayar deposit dulu.. Bila dah sampai Malaysia , baru bayar penuh. Pastu baru gi amik sendiri atau diorang boleh post terus sampai ke depan rumah ! Haaaa..

Aku cam tak percaya jer ! Tapi tak pe.. Kasi peluang. Kot kot betul , aku pon nak beli barang kat luar negara tu haa.. kan kan ?

Tunggu punya tunggu.. akhirnya..

image

Sampai jugak kat tangan dia ! Harga di sini , RM1.5 ribu kot ! Dia beli masa sale tu , RM699 jer ! Berbaloi katanyaa.. walaupun kena tunggu lama skit ! Maklumlah , nak datang Malaysia bukan guna Air Asia .. guna kapal kot.. hahahaa..

Sejak tu , aku yakin dengan peniaga online di luar negara ni. Ikutkan , bukan kali pertama wife beli. Dia pernah beli jam kat peniaga online kita di USA tu.. Aku sendiri ikut dia gi amik barang tu kat gudang dia.. Kat gudang dia tu , mcm mcm ada .. Terkedu aku tengok.. Hahahaha.. Nasib baik tak bawak banyak duit..

Selepas aku up status iron ni , ramai tanya aku mana nak beli.. Hurm.. aku tak ingat wife kata mana dia beli. Pastu tetiba ada sorang rakan lama aku ni , pm aku di instagram..  Dia bagitau la skang ni dia kat UK. Sambung PHD. Seorang pensyarah di universiti tempatan.  Dan menariknya , outlet yang menjual barangan kegilaan wanita wanita tempatan ni , ada di depan mata dia jer ! Haaaa… Tu yang timbul idea nak menjual barangan secara online ni..

BEST ONLINE SHOPPE nama diberi ! Didaftarkan atas nama Serba Usaha Enterprise  ( 001901062-H ) adalah sebuah syarikat online dan juga offline beroperasi sejak 2009.

Berapa lama tempoh barang tu sampai ke tangan ? Tu soalan penting yang aku tujukan..  Dan jawabnya ialah… 8 hingga 10 minggu secara shipping  kapal laut.  Bila tiba di Malaysia , urusan pengeposan dilakukan oleh admin di sini.

image

image

image

Macam macam barang ada ! Baik g tengok dulu.. survey… Dan booked kalau ada yang berkenan.. Er , camana proses pembelian ni ?

“ Order diterima atas apa stok yg diiklan dan disahkan stoknya sahaja. Payment deposit 60% dalam masa seminggu untuk customer sahkan nak barang.

Pastu B.O.S shipping. Shipping tiba di Malaysia dalam 8-10 weeks. Barang tiba di admin Malaysia dan admin Msia akan poskan ke customer secepat mungkin dgn ref.no.utk rujukan.

Apa2 masalah bley PM dan wassup dua2 admin. “

Ahaaa.. senang je kan ?  Tapi.. stok adalah terhad !  1st come 1st serve basis.

Jangan risau.. Boleh check di Facebook gak.. BEST ONLINE SHOPPE gak namanya..

image

Dan kata kata terakhir dari  rakan tu ialah.. Hehehehe..

“ Kami adalah peniaga online yang jujur dan cuba memberi servis yang terbaik untuk anda. Kami cuba menjawab order anda dalam masa 24 jam. Jika tidak dilayan ,harap PM admin. 

Order di best09shoppe@gmail.com dan  whatsap pertanyaan barang saja di admin ( +6012 3371731 – Dzu ) dan ( + 6017 7923122 – Surya ) .

Terima kasih atas sokongan anda ! “

Tu diaaa .. kata kata terakhir ! Jika masih ada yang ragu ragu , apa kata try order barang kecik kecik dulu.. hahahaha.. Aku rasa , ok dah ni ! Takde yang meragukan.. Semua details dah ada .. kan kan ?

Haa.. tunggu apa lagi ? Kena follow Instagram diorang dulu.. Baru boleh nampak produk produk yang dijual ! Pastu baru pk.. nak beli ke tak ? Hehehehe..

Instagram : BEST ONLINE SHOPPE

Facebook : BEST ONLINE SHOPPE

Selamat Shopping ! Admin , Sila blocked wife saya yer.. Nama dia Norazila ! Huhhhhh…

You May Also Like

10 comments

  1. HUrmm menarik gak barang-barang yg dijual. nanti nak ushar tgk

    BalasPadam
  2. aduiii meleleh pulak air liur tengok pinggan mangkuk tu ha.. kena tunggu lama pun tak apa, janji barang sampai. next time mesti order barang lain pulak.. heheee

    BalasPadam
  3. Adoiii dia pegi bt post detail plak psl brg uk ni... Habis la duittt.. T-T

    BalasPadam
  4. Kelakar ben...sila block isteri saya hahahha...ben begitulah org perempuan, jiwa suka sgt shopping online...memudahkan sebenarnya masa utk urus anak dan lain2...cantik serika tu, dan berbaloi...boleh terjah link tu nanti...jgn block juju tau hahahha

    BalasPadam
  5. nak usha gak la.. ;) sian Norazila kene block lps ini hehehe

    BalasPadam
  6. hehe.. menarik iron tu.. dh lama teringin

    BalasPadam
  7. yang last tu pesanan berapi...hahaha...

    BalasPadam
  8. malas nak hebohkan kat org di rumah aku tu.. kang aku jugak yg kena bayaq ! :)

    BalasPadam
  9. sian cik puan norazila kena blocked hahahaha

    BalasPadam
  10. Adoii..duit tengah tak banyak pulak tu..haaha

    BalasPadam