Demam lepas cucuk 2 tahun !

by - Jumaat, Mei 13, 2016

 

Kelmarin , Zahra amik suntikan selepas genap 2 tahun. Pastu badan dia mula panas.. Dan , semalam.. dia demam.. Hari ni pon demam lagi. Dan tempat dia cucuk tu , sedikit merah..

Apakah patut aku buat ? Aku pon google laa. Kot kot ada parents yang alami masalah cam aku..

image

image

Ada satu jawapan dari sebuah majalah di Facebook.. Katanya ..

Tip Elakkan Demam Selepas Disuntik : Bayi selalunya akan demam selepas menerima suntikan pelalian. Untuk mengelakkannya, ambil sebiji bawang kecil dan sapukan pada bahagian yang disuntik sebaik sahaja selesai disuntik. “.

Tapi… doktor tak kasi letak apa apa di tempat dia disuntik tu ! Kalau demam , bagi je ubat demam yang dia bagi.. Kenapa dia demam ? Sebabnya vaksin yg diberi bertujuan utk membina antibodi bagi melawan penyakit. anak deman tu biasalah. itu adalah tindakbalas normal badan yg menunjukkan vaksin itu telah memainkan peranan bagai yg diharapkan oleh doktor.

Tunggu hari ni lak.. Harapnya demam dia kebah la.. Semalam mak dia dah cuti.. Terpaksa.. sebab aku ada kerja luar nak kena buat. Kena pergi aku.. maklumlah , aku punya kerja , tak bergaji.. kena buat kerja , baru ada gaji.. Huhuh.. Keutamaan adalah aku sebab aku adalah ketua keluarga.. kan kan ?

You May Also Like

3 comments

  1. Ya... Abg Ben, tak perlu letak apa-apa kat kawasan yang di suntik. Risau nanti ada infection lak...
    Moga Zahra segera sembuh
    Aamiin....

    BalasPadam
  2. Semoga cepat sembuh ya Zahra..sian dia,demam nak besar tu..

    BalasPadam
  3. seeloknya tak perlu letak pape abg ben.

    BalasPadam