Bahana makan acar buah ni !

by - Jumaat, Mac 22, 2019

Set temujanji dengan seorang kawan Facebook. Lama dah berkawan tapi lom pernah jumpa. Dari dia gemuk hinggalah takda isi. Haaa.. Lama tak ? Lama kan ? Aku ni suka berkawan tapi kena tengok gak kawan tu sapa. Bukan jenis 'mengunyit' atau mengada ngada ! Jenis ni , aku blocked je terus. Tak nak susahkan hari hari aku dengan insan sebegini rupa.

Kawan aku ni , nak mula bisnis yang dia idamkan la. Dulu meniaga bundle jer. Tapi takda feel sangat. Dengan latar belakangnya yang bagus , dia mulakan bisnes ni dengan langkah kanan. Ayahnya membantu. Resepi arwah ibunya menjadi pertaruhan. Menurutnya , inilah 'killer' setiap kali ada tempahan catering. 

Sampai masa yang dijanjikan , jumpa di restoran mamak. Saja nak makan kat situ. Teringin maggie sup. Heee..Aku sampai di lokasi terlebih dahulu dan order maggie sup serta kopi kosong ais. Cuaca panas , asik nak pekena ais jer. Heee.. 

Makanan dah sampai. 5 minit kemudian dia pun sampai. Salam diberi. Duduk dan dia suakan acar buah yang baru dia buat. Segar dari ladang. Aku bukak penutupnya. Bau naik semacam jer ke hidung aku. Terus aku letakkan dalam mangkuk. Gaul dan.. Bismillah. Hirup kuah dulu.. 




Tau apa rasanya? Sebelum dia sampai , aku dah bedal 4-5 suap maggie tu. Rasanya , rasa maggie la kan ? Hahahha..  Tapi bila aku gaul dengan acar buah tu , ko tau apa rasanya ? Rasanya aku kena tambah semangkuk lagi maggie sup ! Nah... hancur diet aku ! Tak kira dah. Sedap punya pasal..

Sekarang ni dia target untuk jualan di area Putrajaya. Memandangkan dia tinggal area Seremban , maka belum boleh nak pergi jauh sasarannya. Tapi aku percaya boleh pergi jauh sebab sedap ! Segala rasa ada dalam tu. Manis , masam dan pahit. Haaa.. Tiada guna gula atau pun garam. Sekadar buah dan sedikit minyak. Tu jer ! Rasa manis dari buah. Begitu juga rasa masam tu. Gabungan sempurnakan hari anda ! Hahahahah.. 

Terus aku kata kat dia.. 

" Aku nak jadi stokis kau la.. Boleh ? " . Hahahah.. Sapa nak order , meh... Tapi bukan sekarang la ! Kalau ada yang berminat juga nak jadi stokis atau agen , bagitau aku. Serius berbaloi. Nak rasa dulu? Fuh.. jangan.. menyesal nanti ! Macam aku. Hahahaha.. Terus stim weh !

You May Also Like

4 comments