Blogger kecilan serta peniaga online perlu bayar cukai tak ?

by - Rabu, Mac 13, 2019

Bila sebut je cukai... pengamal media sosial yang mencari makan di dunia maya ni pasti akan telan air liur terutamanya mereka yang 'berpendapatan' melaluinya. Tak kira la kecil atau besar , kebelakangan ni viral mengenai 'wajib bayar cukai' ! Benarkah kena bayar ? Apakah LHDN akan menyerbu mereka yang tidak membayar cukai ??? Pelbagai soalan timbul di benak masing masing termasuklah aku. 

Kebelakangan ni banyak artikal mengenai CUKAI di dada akhbar. Bila baca macam tu jer , ada yang terus bagi jawapan tak perlu bayar pun sebab tak memenuhi kriteria. Termasuk aku la tu. Heee.. dan ramai lagi. 

Dan ada yang tak nak bayar sebab mereka cuma berniaga kecil je di media sosial. Takkan la itu pun nak kena bayar ???? Kan kan ?  Atas dasar itulah aku meminta Kak Rozana Haji Hassan mengaturkan pertemuan dengan pihak LHDN di Cyberjaya untuk mendapatkan info atau maklumat yang lebih tepat lagi. 

Yang review percuma ? Trip travel percuma ? Semua tu camana nak kira eh ? Takkan kena cukai gak, kan ? Heeee..Persoalan wajib dari blogger. 

Cuak ! Hahahaha.. Pertama kali sejak bekerja ni , nak kena amik tahu pasal Cukai !


Sijil apakah ?

Turut hadir... 

Sejam bersama Pengarah Bahagian Komunikasi , En. Syarein Abu Samah dan En. Masrun  Maslin sudah berjaya melontarkan pelbagai soalan. Apa yang tertanya selama ini , telah pun mereka jawab dengan baik dan tepat. 

Apakah aku kena bayar cukai atas segala pendapatan melalui blog atau pun meniaga online ni ? Jawapannya ialah.. Jika korang dapat income atau dibayar atas apa jua kerja atau jualan , gi jer isytihar. Kena bayar atau tidak , akan ditentukan kemudian. Tak perlu risau pun. Bisnes kecil kecilan pun , buat jer. Call LHDN untuk mendapatkan maklumat jika tak tau nak daftar. 



Ada untungnya jika korang mengaku atau buat pengistiyharan sekarang ni. Serius ! Aku tak leh nak tulis dalam ni sebab takut salah penyampaian. Sebaiknya telefon LHDN sendiri. Yang pastinya , aku boleh tarik nafas lega la.. 

Korang yang berpendapatan beribu riban sebulan dan tak pernah lagi isytihar , maka silalah berbuat gitu. Termasuklah yang sekadar buat kerja sambilan , buatlah yer.. Sebab tak lama lagi , LHDN akan ada satu rangkaian menghubungkan semua agensi seperti JPJ , BNM dan sebagainya untuk mendapatkan data data mereka yang 'berduit' ni. Heee.. Masa ni , tak leh lari dah. 

Akhir kata.. gi jer ! Tak semestinya kena bayar pon cukai. 

You May Also Like

6 comments

  1. Beruntung nya aben dapat jumpa terus org besau LHDN, dpt info tepat dan lengkap.

    BalasPadam
  2. Yang penting kita declare apa yang ada...

    BalasPadam
  3. Bagus artikel ni. Beri kesedaran kepada Blogger usah takut sangat ngan LHDN. Hehe

    BalasPadam