Nak aku kepit lagi tak ?

by - Rabu, Mac 06, 2019


Terasa bermanfaatnya diri ini ! Sejak dulu lagi aku teringin menjadi insan berguna pada insan lain. Tapi aku rasa aku tak mampu. Apa yang berlaku pada aku , sebaliknya. Aku rasa diri aku ni sampah buat masyakat. Malu. Menyendiri dan keseorangan. 

Segalanya berubah di satu malam. Aku menangis semahu-mahunya dan minta petunjuk dari Allah. Tempat mengadu yang sebaik-baiknya. Alhamdulillah , perubahan mula berlaku pada diri aku. Dari setapak , aku mula melangkah dan akhirnya mampu berjalan dengan baik. 

Hari ini , hampir 10 tahun aku di dalam dunia media sosial. Macam macam pengalaman pahit manis aku terima.  Aku tetap melangkah ke hadapan walapun perit dan sedih. Begitulah kehidupan. Mereka akan kata apa saja. Mereka akan ucap apa saja. Kita redha dan serahkan saja Allah.

Sejujurnya semangat aku di media sosial ni semakin luntur. Ditambah lagi dengan isu isu terkini membuatkan aku rasa putus asa. Mula merancang sesuatu yang baru buat diri ini agar terus menjana pendapatan buat keluarga , walaupun dari rumah.

Entah camana semalam , ada seorang kenalan hantar mesej di Instagram. Aku tak ingat langsung sapa dia. Kata-katanya meransang semangat aku semula. 



Ramai yang pm. Yang benar benar nak bertanya , aku akan menjawabnya dengan baik. Yang nak mengarut tu , aku blocked terus. Heee.. Malas nak layan. Dan pastinya katak kata dari kenalan ini membuatkan aku rasa ilmu yang aku perolehi selama ini , bermanfaat untuk insan lain dalam mencari rezeki. 

Ada yang anggap aku membuat masa terutama di Facebook dan Instagram bila post gambar gambar yang 'menghiburkan' sesetengah insan. Alhamdulillah.. walapun ada yang kata mengarut , tapi bagi mereka yang sedang stress dan tertekan , mereka tersenyum dan ketawa. Itu sudah beri pahala buat aku. Stress ini sangatlah merbahaya. Jika tidak dikawal , kita boleh dapat macam macam penyakit. Nah , di sini la kadang kadang tugas kita secara tidak langsung , membantu insan insan lain dari pelbagai sudut. 

Ini bukanlah pertama kali. Cuma aku tak ingat berapa banyak kali dah. Bak kata orang , jika kita ikhlas , kita takkan kebaikan yang kita dah buat. Heee.. Orang la kata. Aku tak kata apa pun dan yang pastinya , setiap kali aku buat kebaikan , aku teringat akan kebaikan kebaikan insan yang pernah membantu aku kembali melangkah , di dunia yang nyata ini. Semoga Allah berkati mereka. 

Dan buat korang yang membaca ni.. Jutaan terima kasih atas segala sokongan yang korang berikan terhadap blog ini. Semoga Allah murahkan rezeki kita semua... Aaminnn...


Jom sambut kedatangan bulan Mac dengan COSMODERM MONTHLY PROMO! Dapatkan diskaun 20% bagi setiap pembelian produk untuk set jerawat Tea Tree. Bermula dari 1 hingga 31 Mac 2019! 
Diskaun hanya valid untuk pembelian di website Cosmoderm sahaja! 

You May Also Like

2 comments

  1. Pweitt... Terbaik ben.. Teruskan lagi.. Abaikan komen negatif...

    BalasPadam
  2. Kami tetap sokong encik Ben teruskan usaha encik ben

    BalasPadam