Tun M tak perlu 'sibuk' hal BOSSKU !

by - Jumaat, Mac 01, 2019


Terbaca artikal ni di Astro Awani. Tun Mahathir seolah olah dah terperangkap dengan permainan kaki kaki bakar di media sosial. Perlu tahu yang sebenarnya mereka ni termasuk aku la....marah dengan apa yang berlaku selepas Pakatan Harapan mengambil alih pucuk pimpinan. Pelbagai isu timbul terutamanya manifesto. Kenaikan harga barang tak dapat ditangani , bil air yang dah kena bayar walhal dulu percuma sekarang dan banyak lagi ! Tol yang dijanjikan percuma tapi 'ditukar nama'. Tak perlu pun kasi percuma.. turunkan sedikit demi sedikit. Kena pandai amik hati. Jangan terlalu fokus pada B40 jer. 

Ini yang sepatutnya Tun Mahathir tumpukan.  Najib mengambil kesempatan bilamana ada peluang terbuka di depan mata. Dan sememangnya takda sapa nak Najib kembali jadi Perdana Menteri pun kecuali 'peminat peminat setia'nya. 

Dan Tun M kena perbaiki lagi kelemahan kelemahan di dalam pentadbiran dia. Menteri menteri yang suka ' U Turn'  bila bagi kenyataan. Dan juga kena la berjimat cermat. Perlu tahu , apa yang berlaku pada masa yang lepas , dijadikan pengajaran terutamanya menteri menteri ni. Kena pastikan menteri menteri ni , sedar diri. Bukan jadi BOSSKU bila ada kuasa. 

Akhir kata .. aku bukan pemerhati politik atau bijak soal politik ni. Cuma seorang rakyat biasa yang cintakan keamanan dan kedamaian. Jangan lupa part Pembalakkan.  Heeee... Pon satu isu yang perlu ditangani. Makin ramai peminat Tun M ' U Turn' dan menanti masa jer. 

PH di Semenyih , akan tewas sekali lagi ? Jika berlaku , ianya satu lagi petanda dan semakin nazak.

You May Also Like

2 comments

  1. Rakyat sentiasa menanti-nanti dan mengharapkan setiap janji yang diberi ditunaikan.Bukan kenyataan demi kenyataan yang tidak kosisten.Bila kenyataan demi kenyataan tidak konsisten itu membayangkan tiada kesepakatan dalam pentadbiran.Ibarat ayah cakap A..ibu cakap B..kesian anak-anak keliru dan pening sendiri..hujungnya keluar mencari kawan-kawan yang lebih memahami.Dan jangan pelik musuh pun ambil peluang yang ada.
    Mentaliti hamba itu mesti ada pada setiap orang supaya sentiasa sedar diri..hamba Allah SWT yang sering khilaf.

    BalasPadam
  2. Xphm menda yg viral2 nie kdg mcm xmsuk akal...

    BalasPadam