Bila Aariz sentap dan merajuk ! Daddy pon kalah woiii !

by - Ahad, April 21, 2019

Ahaaa..  Dah pandai merajuk dah rupanya ! Sebelum ni memang ada tapi tak sangka la tahap merajuk dia ni , kronik bebenar. Dia ni kalau merajuk atau sentap bila kena marah.. akan lari masuk bilik tidur.Pastu berdiri sebelah katil dan menangis. Tunggu la aku atau kakak dia masuk pujuk. Tak sampai 2 saat , ok dah ! Hahahaha...

Tapi dua tiga hari kebelakangan ni, nak pujuk dia makan masa dah ! Hahahaha... Dan semalam , berlaku lagi. Sangat di luar dugaan aku bila tengok dia menjeling. Ibarat dicurangi kekasih pertama dan terakhir gitu gaya dia merajuk ! Jelingan serta cara lontaran mata tu.. fuh, macam aku nak gigit je pipi dia kat situ gak ! Hahahaha..

Segalanya kerana 'babak' ini. Dia serta adik beradiknya yang lain diminta 'tunggu' sebentar untuk merakam detik detik manis ini.. Hahahaa...



Si Aariz kena duduk tepi ! Hahahaha.. Dan beginilah rupa dia. 





Tak makan pujuk kalau panggil gitu. Kena gi amik dan dukung. Haaa... Barulah berjaya ! Pastu ceria seperti tiada apa yang berlaku sebelum itu. Adeh... Cepat betul mereka melupakan kenangan pahit tapi semakin memperbaiki cara merajuk dan sentap !!!!!!

You May Also Like

2 comments