Bila Qhaliff keluar kelas dengan pakaian sekolah yang..

by - Khamis, April 11, 2019

Sememangnya aku sendiri yang jemput Qhaliff pulang dari sekolah , setiap hari ! Dia seorang yang pembersih sehinggakan nak masuk tandas sekolah pun dia tak nak ! Hahaha... Dia sanggup minum air sedikit dan makan roti saja setiap pagi sebelum ke sekolah. Alasannya , nanti kalau minum banyak , nak kena gi tandas kan ? Haa... 

Dan sejak kebelakangan ni , dia keluar dari kelas dengan pakaian yang selekeh ! Aku tanya dia sapa yang buat. Dia pun sebut la nama nama sekian. Aku kenal Qhaliff tu. Dia pun leh tahan gak bila bab bergurau tapi dia hanya akan bermain 'kasar' dengan orang yang rapat sangat dengan dia. 

Apakah aku perlu berjumpa dengan cikgu dan bertanya ? Tapi bila teringatkan satu 'nasihat' , aku rasa cam... hurm... tak pe , biarkan dulu. Selagi dia tak mengadu pada aku , biarkan dia membesar dengan menempuhi cabaran cabaran yang datang pada dia dan aku memerhati dari belakang.


Ada beberapa kali aku 'menyorok' bila menjemput dia . Nak tengok camana dia dengan kawan kawan dia. Yer , aku percaya dia boleh lindungi diri dia sendiri dan tidak bergaul dengan rakan rakan yang agak 'keras' cara bermain mereka. Bukanlah suruh jadi lembut tapi kena tau batasan kita bila berkawan. Itu yang aku sering ingatkan pada dia. 
  • Jangan bergaduh 
  • Jangan sentuh pelajar perempua
  • Cakap elok elok
  • Jangan ambil hak orang
Dan banyak lagi. Hari ni aku nasihat dia lagi dalam kereta. Aku nak larang lelebih , aku dulu pun leh tahan gak perangai di sekolah. Banyak bermain. Selagi mana tidak membahayakan orang lain , mainlah.

You May Also Like

3 comments

  1. Warna warni alam persekolahan Qhaliff..lagi satu asal bergurau tidak guna alat tulis yang tajam seperti gunting..pisau..

    BalasPadam
  2. Jangan sentuh pelajar perempuan tu memang nasihat yang sangat terbaik! Semoga anak2 tuan menjadi anak yang soleh dan berbakti kpd kedua orang tua.

    BalasPadam
  3. Bagus tu aben awal-awal dah pesan jangan sentuh budak perempuan.I like.. Ina pula selalu pesan setiap hari kawasan sensitif jangan bagi org sentuh.Dan lain lain lg pesanan.

    BalasPadam