FeeBay.Co tampil dengan masakan tradisional ,barat dan fusion dengan cukup bergaya !

by - Khamis, April 18, 2019

Terletak di Avenue K , berhadapan dengan mercu tanda bandaraya Kuala Lumpur yang cukup gah , KLCC , Feebay.Co yang baru saja dilancarkan baru-baru ini oleh Timbalan Menteri Pelancongan dan Budaya Malaysia , YB. Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik telah membuatkan aku kagum dengan reka bentuk uniknya !

Untuk pengetahuan korang terlebih dahulu, Feebay.Co ni ada 2 lagi cawangan di Kuala Lumpur ni iaitu di Publika dan Sunway Nexis. Dan yang aku nak cerita ni terletak di Avenue K. Memang menarik konsepnya terutama yang berjiwa muda.. cam aku ! Heeee..

Dari luar , cafe moden ni kelihatan begitu unik dan ekslusif ! Nak melangkah masuk pun rasa segan. Maklumlah , dalam poket cuma ada RM50. Cukup ke jika aku nak makan tengahari kat sini atau makan malam ? Hahahah.. Serius , lebih dari cukup ! Oh ya, rekabentuk FeeBay.Co ni dari 6ix Design Office iaitu jurureka dalaman yang mempunyai pengalaman luas di Australia. 

Kalau korang kaki kopi atau latte , nah inilah tempat menarik untuk lepak sambil melayari internet atau bersantai bersama rakan rakan berbual riang ! Pergh.. Nasib aku dah beranak pinak ! Kalau tak memang tiap hujung minggu ajak kengkawan datang sini. Hahahha..

Konsep layanan tingkap diperkenalkan kepada pelanggan bagi memudahkan mereka membuat pesanan , membayar dan mengambil pesanan tanpa perlu masuk ke dalam cafe. Order, tunggu dan bayar. Boleh tengok diorang buat depan mata. Huhuhu.






Pilihan minuman yang cukup membuka mata terutama kopi atau latte yang disediakan oleh barista yang berpengalaman  ! Heheeheh.. Bukan calang calang punya rasa ok ! Aku dah cuba latte dan nak mencuba lagi yang lain. Nasib baik perut aku ada satu jer dan dah kecik. Eh ! Hahaha... Kena ingat la dunia gak kan ? Esok esok leh datang lagi cuba , kan ? Hee..

FeeBay.Co turut menyediakan minuman nitro , coklat , teh hijau dan juga jus segar. Mocktail dan soda berperisa sumber tempatan pun ada. Leh layan sekali dengan pastri atau juga kek khas air tangan mereka. Huhuh.. Menyelerakan ! 




Bagi mereka yang bekerja di sekitar KLCC  ni , bertuah laaa ! Boleh bersarapan pagi di sini dengan bergaya. Ringan tapi kenyang. 



Menariknya FeeBay.Co di Avenue K ini ialah menu makanan terbaru mereka yang mengabungkan ciri ciri tradisional dan barat serta fusion. Kalau korang kaki sarapan pagi dengan nasi lemak , nahhhh.. boleh la cuma Nasi Lemak sambil menikmati kesedapan kopi mereka. Serius sedap kopi diorang woiii ! 

Makan tengahari lak , disyorkan Nasi Ikan Patin Temerloh. Sememangnya ikan patin dibawa khas dari Temerloh dan kuahnya cukup berlemak dan pedas hujung hujung lidah atua pun boleh cuba Nasi Ayam Lemak Cili Padi ! 

Atau nak cuba masakan barat mahupun fusion yang digubah mengikut pengalaman chef Feebay.Co ? Haa.. aku syorkan sangat sangat cuba Gyoza Dumplings , Chicken Mariposa , Briyani Drummers , Shell Pesto Pasta With Grilled Chicken. Berbaloi nak oiiii ! 










Kesemua menu yang aku bagitau tu , baru je diletakkan di FeeBay.Co Avenue K ! Khas untuk korang yang suka makan hingga kenyang. Dan jangan risau bab pedas... ianya sekadar secukup rasa tapi kepuasan yang tak terhingga !

Jika korang nak buat event  atau majlis koperat mahupun nak sambut harijadi  sekali pun kat sini , cafe ni dilengkapi dengan WiFi berkelajuan tinggi , ruang pelbagai guna persedirian , projektor berdefinasi tinggi dan plug yang berdekatan dengan tempat duduk.


Cuba teka... logo Feebay.Co tu menunjukkan apa sebenarnya ? Sapa dapat teka , aku belanja minum kopi kat situ ! Haa...

FeeBay.Co Avenue K ni dibuka setiap hari dan tutup jam 10 malam. Untuk info lanjut , boleh ke :

Web: www.feebay.co / IG : Feebay.Co / FB : Feebay.Co


You May Also Like

17 comments

  1. Nampak sedap je menu dia. Nak try lah nanti

    BalasPadam
  2. Kurlasss laa dekorasi cafe nya! Ikan patin tu bikin kita terliur ni tapi Jahat lagi coffee latte tu... Aben, lanjer kita secawan pleaseeee

    BalasPadam
  3. Nasi lemak tu menggodanya! Suka yg tak kedekut kacang ngan ikan bilis gitu

    BalasPadam
  4. Mesti best kalau dpt lepak ngan kawan-kawan sambil layan latte.. Ok boleh jd lokasi m office bergerak.. btw. Logo dia didesign berdasrkan tingkap public transport..��

    BalasPadam
  5. NeXt time datang ajak ai plisssss... Ai sanggup skip diet 1 hari... Hahahahaha

    BalasPadam
  6. Komen maksud logo

    Kopi dan Bay

    Menikmati kedai menikmati kopi sebenar. Cewah.

    BalasPadam
  7. Menarik kombinasi warna restoren ni. Tak sangka ada hidangkan macam2 menu,ingatkan cafe hipster biasa jer.. nk try la nasi lemak kat sini,nampak sedap

    BalasPadam
  8. Ya Allah... Lapar teruk bila tengok semua makanan tu. Tempat menarik makanan pun dh namoak sedap

    BalasPadam
  9. wah wah wah.. santai betul tempat macam ni.Dapat bayangkan macam mana idea menulis tu datang bila duk disini. Ehehehe.. Dengan bauan latte..hakhak,memang tak abis nak siapkan kerja macam ni.Menu pun boleh tahan

    BalasPadam
  10. alamak... sedapnya! bulan puasa dh dekat.. heheheheh

    BalasPadam
  11. aduhai,, terliur nih.. tempat dia pun cantik sgt..

    BalasPadam
  12. Boleh tak nak teka yang logo tu adalah tertingkap kapal terbang heheheh betul tak...

    BalasPadam
  13. Wahhh ada ikan patin Temerloh tu, sedapnya!

    BalasPadam
  14. Die punya menu makanan selain banyak jenis juga tampak sedap. Nanti ada kesempatan ke Malaysia boleh singgah kesini untuk mencicipi sajian kulinernya.

    BalasPadam