Kedudukan sepatutnya 'gear' kereta anda ketika berhenti sebentar ?

by - Selasa, April 30, 2019

Satu persoalan menarik. Ramai yang anggap remeh tetapi tidak bagi aku. Setelah mengalami dua kali kemalangan yang mana dilanggar dari belakang , kedudukan gear amatlah penting ! Kemalangan pertama , melibatkan 4 buah kereta yang mana aku adalah kereta pertama yang dilanggar dan membuatkan kereta di hadapan turut terlibat sama sedangkan kenderaan dijarakkan dalam keadaan selamat ! Tapi camana boleh kena juga ? 

Dan kemalangan kedua , dilanggar dari belakang namun tidak begitu teruk kerana tiada kenderaan di hadapan. Kedua dua kemalangan ni membuatkan aku lebih berhati hati ketika memandu dalam keadaan 'banyak kereta' atau dalam kesesakkan lalu lintas. Jarakkan kereta dan kedudukan gear amat penting ! 


Dalam gambar aku di atas ni , kedudukan gear di 'N' atau Neutral ketika berhenti di lampu isyarat. Aku letakkan dalam kedudukan tersebut jika lampu isyarat baru bertukar ke merah. Kenapa aku tak letak pada D atau P ? Ini pengalaman aku yer.. Kereta dari belakang , kita tak boleh jangka sama sekali ! Kejadian lepas , aku berada dalam kedudukan begini tetapi tetap dilanggar dengan kuatnya ! Ketika tu , aku tak sempat nak tukar ke N dan korang boleh bayangkan apa yang berlaku seterusnya ! Impak andai dilanggar dari belakang. Kedudukan gear kereta pada D , N dan juga P ! Mana lebih merbahaya ? Amatlah penting kerana di zaman ni masing masing anggap kereta mereka dalam keadaan cemerlang ! Begitulah yang terjadi pada aku ketika dilanggar. Katanya dia tak tau kenapa brek dia tak cengkam ! Nah... 

Dan paling penting.. Apa akan jadi sekiranya ada anak anak dalam kereta ? 

Hasil carian google. 

" Pastikan kaki anda tidak menekan brek dan gear berada di kedudukan "D" semasa berhenti di lampu isyarat, di mana-mana sahaja atau dalam kesesakan lalulintas yang teruk. Pastikan diletak di "N" sahaja.

Jangan di "P", ini kerana boleh menyebabkan anda lambat memulakan perjalanan dan boleh menyebabkan orang di belakang anda marah. Sebab itu step "N" dan "D" diletak berdekatan dan tak memerlukan anda menekan butang “lock”@tombol antara gear untuk bergerak (butang tepi batang gear bersama butang OD).

Jika anda mengamalkan budaya kereta dalam gear dan tekan brek, boleh menyebabkan “clutch plate” cepat habis atau terbakar. Jangan sangkakan kereta AUTO tiada “clutch plate”. Ianya ada berbelas-belas keping (bergantung kpd model kenderaan).

Satu rosak anda kena tukar kesemua “clutch plate”. Tiada penjualan sekeping-sekeping di kedai alat ganti. Harganya amat mahal sekali (bergantung kepada model kenderaan). Tidak silap saya untuk model Wira pun RM500++. "

Maka.. buat masa ni , aku lebih rela letak pada N ! Dan cukup takut tengok kereta dari belakang yang suka menderu laju sebelum memberhentikan kereta mereka di jarak yang dekat ! Bayangkan jika ada  lori atau kenderaan besar yang  kita tau kebelakangan ni bermasalah dengan brek mereka ! Hurmm.. 

You May Also Like

10 comments

  1. Berhenti di lampu isyarat letak N. Kalau tetiba ada yang langgar dari belakang, kereta kita tak hentam kereta di depan. Cuma rasa trauma akan bersisa. Setiap kali berhenti, eiza akan pandang kelajuan kereta di belakang. Makan masa jugalah nak hilangkan trauma.

    BalasPadam
  2. Kesiannya..moga kita semua ambil pengajaran

    BalasPadam
  3. Mmg akan tukar ke gear N setiap kali berhenti tak kira di mana

    BalasPadam
  4. Juju memang selalu amal drive letak N kalau berhenti dilampu isyarat melainkan nak berhenti lama baru tekan P...memang tau bab ni sebab pomen ada story. Ye malang tidak berbau.

    BalasPadam
  5. Yup! betul tu.Ina pun letak pada gear N juga jika di traffic light.Tak pernah lagi pada P,macam pelik pula.Terima kasih aben kerana berkongsi pengalaman.

    BalasPadam
  6. Nice info bro....badan mkin SADO!!!!auwwwww....

    BalasPadam
  7. Nice info bro.....bdan mkin SADO!!!!hahaaaa...

    BalasPadam
  8. Sebelum ni memang tak tahu.. Tapi syukur sebab memang selalu gunakan N dan D je. Sekarang lebih faham.

    BalasPadam
  9. Saya memang akan tukar ke N kalau benti kat trafik light, rasa lebih selamat.

    BalasPadam