Mudahnya dengan Oh! Free Food ni !

by - Selasa, April 02, 2019

Bila aku makan acar buah ni yang mana aku bukanlah sama sekali peminat acar buah , terus terasa cam.. 'Wow, best ni kalau aku kongsi dengan mereka yang kaki makan ! Mesti makin berselera punya.". 

Terbayang aplikasi yang ramai kawan kawan blogger dah guna iaitu Oh! Free Food. Aku dah lama dah download tapi lom digunakan sepenuhnya lagi. Maka bila adanya Acar Buah Norley Asli ni, aku bercadang nak berkongsi dengan rakan rakan yang berada di sekitar Putrajaya. Yang luar Putrajaya tu, maaf hamba pinta. Nak pos , hehehe... lom rajin lagi la. Sekadar nak kongsi dengan yang terdekat. Dan ni juga konsep Oh! Free Food ni. Kongsi makanan dengan rakan rakan. 

Sedikit makluman mengenai Oh! Free Food ni... Ini bukanlah konsep nak kasi makanan tak abis tapi lebih pada nak berkongsi makanan kita yang bertujuan untuk elakkan pembaziran. Contohnya , di bulan Ramadan nanti , kita ada terlebih beli makanan. Apa kita nak buat dengan makanan yang belum di usik tu ? Jika kita di pejabat katakan.. kita leh gunakan aplikasi Oh! My Free Food ni untuk berikan pada rakan yang 'memintanya'. Haaa . Yang pinta pula tak semestinya orang miskin atau gelendangan. Sapa sapa yang teringin , boleh minta ! Haaa.. gitu la ! Dengan cara gitu, tiada pembaziran berlaku. 

Macam sekarang ni.. Aku upload gambar hensem aku ke dalam aplikasi. Ada 10 botol untuk diberikan. Saja nak berkongsi. 


Download aplikasi Oh! Free Food 



Upload gambar


Tadaa.. ada sorang nak ! Maka aku akan berbual dengan dia. Set masa dan lokasi pertemuan. Pastu kasi jer kat dia ! Tu je pun. Bukan susah. Memang nampak macam susah sebab nak kena jumpa tapi jika di pejabat atau kawasan rumah kita , pon boleh. Andai yang request tu , kita kenal. 

Mudah kan ? Tunggu apa lagi. Request la cepat Acar Buah Norley Asli ni. Kang aku makan semua kang... haaa...

You May Also Like

6 comments

  1. Bagus untuk berkingsi rezeki kan. Tak lah membazir. Kalau dekat mmg rquest dh acar tu

    BalasPadam
  2. Bagus untuk berkongsi rezeki kan. Tak lah membazir. Kalau dekat mmg rquest dh acar tu

    BalasPadam
  3. kalau dekat nak juga minta satu hahhaa

    BalasPadam
  4. Bagus sangat apps ni, aku sokong 200%...nak cuba juga laa donlod dan buat ...

    BalasPadam
  5. pegi CCK tak esok? nak jgk. hahahaha

    BalasPadam