Semakin ramai berkongsi makanan dengan cara begini ! - BEN ASHAARI

Semakin ramai berkongsi makanan dengan cara begini !

Bagi aku , ini satu cara yang cukup menarik untuk berkongsi makanan. Ini bukan derma makanan untuk mereka yang memerlukan tapi sebaliknya ialah untuk berkongsi lebihan makanan. Katakan aku beli Roti John di bazaar Ramadan pastu terasa taknak makan pulak, apa yang patut aku lakukan ? Letak peti ais ? Haaa... Dah membazir di situ kan ? 

Maka kewujudan aplikasi Oh ! Free Food yang berjaya  menarik perhatian Yayasan Inovasi Malaysia ni memberi peluang kita berkongsi makanan dengan mereka yang berada di sekitar. Tak semestinya orang miskin sedang memerlukan. Ada kalanya , orang cam aku pun sedang kelaparan tapi tak sempat nak pergi membeli ! 

Jom layan komik ni untuk fahami lebih lanjut keistimewaan aplikasi  Oh !Free Food ni.












Baru-baru ni , di Twitter, ada satu tweet yang berjaya menarik perhatian ramai netizen. Dan ini membuktikan Oh! Free Food adalah aplikasi yang ditunggu tunggu oleh rakyat Malaysia memandangkan mereka tahu , terlalu banyak makanan dibazirkan setiap hari dan pada masa yang sama , ramai yang memerlukan makanan ini ! 

Korang dah cuba guna ? Kalau belum , download Oh! Free Food sekarang , dan berkongsi lebihan makanan korang tu ! Mesti ada punya kan.. kaannnn ?

2 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.