Apa yang menarik di Best Western I-City Shah Alam ?

by - Rabu, Mac 04, 2020

Ok... ari tu aku dah cerita pasal dinner BBQ dan juga bilik penginapan aku di Best Western I-City Shah Alam, kan ? Haaa... Kalau belum baca , boleh baca di SINI yer . Klik dan baca jer. Takda sapa nak marah. Percuma je baca.. Heee..

Best Western I-City Shah Alam terletak di Persiaran Multimedia , I-City Shah Alam. Berdekatan dengannya , ada satu shopping mall yang baru buka. Ini juga tarikan bagi ibu ibu jika menginap di sini. Heheheh.. Central I-City Mall.

Manakala untuk anak anak lak , nah... tarikan ada dua. Satu water park  di sebelah siang hari manakala di malam hari boleh bermain dan berhibur di theme park. Erti kata , takkan bosanlah jika datang berkeluarga ke sini. Memang meriah punya !

Ok.. Best Western I-City Shah Alam ni , berkelas 3 bintang hotel bandar. Bagi aku , best dah hotel ni sebab di bahagian penyambut tetamu pun dah mesra dan ramah. Senantiasa membantu dan tersenyum. Begitu juga di bahagian penyambut tetamu. Pintu tu ada staff jaga. Tak perlu pintu automatik gitu.. hehe.. Perfect !









Ok.. part makan lak. Nah , ni part kaki makan suka ! Bermula dari sarapan pagi yang beraneka pilihan dan menyelerakan ! Bagi mereka yang pernah menginap hotel ni , mereka akan bersetuju dengan aku punya ! Malah ada rakan di Facebook turut menurunkan komen bersetuju dengan pendapat aku.Hehee....

Di waktu makan tengahari , ada dua pilihan. Satu , makan buffet dengan pelbagai menu pilihan. Atau ala carte. Haa , ala carte ni memang sedap la pilihan yang ada. Harga pun berpatutan. Dari orang dewasa ke kanak kanak ada. Gabungan masakan tradisional dengan moden gitu !













Amacam ? Menyelerakan ? Aku kata dah... Memang sedap sedap masakan di situ. Chef chef dia terdiri dari orang muda muda gitu.  Bermakna mereka senantiasa kreatif dan bertenaga untuk menghasilkan menu menu yang lazat dan menarik.

Haaa.. Kalau malas nak keluar bilik tu, boleh order je terus dari bilik tuu.. Guna je QR Code. Tengok kat dinding tuuu haa . Ada arahan. Ikut jer. Tak susah pun. Wifi hotel pon ada. Free tanpa had. Sempoi kan ? Dan menariknya, ada potongan harga kalau guna QR Code ni... Try la. 




Manakala pada setiap hari Ahad pula , ada hidangan Hi Tea. Bermula dari jam 1230 tengahari hingga 4 petang. Pilihan makanan dari yang berat hinggalah yang ringan , memang tak yah cerita la.. Serius memang puashati punya !







Jangan lupa baca Jom Layan BBQ di Best Western I-City Shah Alam




Sekarang ada promosi yer , adik adik ! Haa.. rugi tak amik peluang ni bercuti bersama keluarga.. Nak cuti sekolah dah ni ! Jangan lepaskan peluang ni sementara stok masih ada.. Heheee..

Untuk info lanjut , boleh hubungi :

Web : http://www.bestwestern-icity.my/
Facebook : https://www.facebook.com/bwicity/
Instagram : https://www.instagram.com/bwicity/
Telefon : 03 5521 9000
Email : enquiry@bestwestern-icity.my

You May Also Like

3 comments

  1. Saya suka hotel ni sebab semua ada. Tmpt menginap selesa, nak bawa anak-anak berjalan senang nak makan pun senang dan sedap!

    BalasPadam
  2. Lamanya tak pergi ICity.. rupanya ada ada macam-macam. Hotel pun menarik. Senang lah nak pergi sana

    BalasPadam
  3. Wow murah yer harga promo ni. Berbaloi sgt2 bawa family holiday ke sini

    BalasPadam