Bagus ke aircond Midea ni ? Setelah gunakan sejak 2016, aku rasa..
Setiap hari ada pertanyaan berkenaan aircond Midea ni. Aku pernah buat entri santai mengenai Midea ni pada tahun 2016. Masa tu beli sebab Aariz. Hehehe... Wife sedang mengandung dan bakal melahirkan si Aariz tu pada bulan September. Beli aircond ni pada Julai. Nasib baik aku ada buat log mengenainya. Hehehe.. Tu pentingnya blog.. kan ? Boleh baca di Ok ke pendingin hawa jenama Midea ni ? First page lak dia duduk. Huhuh.. patut ramai je komen. Tu pentingnya SEO dan blog. Huhuh.. Orang akan search bagi mendapatkan info. Kemudian mereka akan buat perbandingan sebelum buat keputusan.
Setelah guna hampir 5 tahun... maka inilah pendapat aku mengenai aircond Midea ni. Dari sudut sejuk , takda masalah. Kena rajin bersihkan filter dan juga buat service. Seingat aku , aku baru buat sekali je servis . Ke dua kali ? Tak ingat aku tapi tahun lepas aku ada buat la dengan kawan aku.
Part sejuk , memang takda masalah. Kalau letak 16 tu , memang membeku la.. Aku suka part beku. Wife aku tak leh. Level dia antara 21-23 jer.. Tu dah memadai bagi dia. Anak anak , suka beku dulu..baru diorang lena. Dah lena, baru tutup aircond dan pasang kipas. Lena sampai ke pagi.
Camana pulak dengan elektrik ? Yang aku punya ni , 1hp jer. Di ruangan tamu 2hb tapi bukan jenis Midea. Tu Toshiba Inverter. Yang dalam bilik ni takda inverter. Kenapa aku tak guna Inverter yang dalam bilik ni walhal akan buka lebih kerap ? Sebabnya ialah kos membaikpulih andai rosak. Toshiba aku ni pernah rosak lama.. Kena tunggu spare part dari kilang. Memang nyesal la beli time tu. Berbanding Midea dalam bilik tu , takda pernah wat hal. Tapi bil elektrik memang cecah ratusan ringgit setiap bulan. Kalau takda aircond , memang takda la cecahnya. Hahaha...
Tapi aku tak kisah part bil elektrik tu. Sebab apa ? Rumah aku ni atas bukit. Dan terbuka. Bila tengahari tu , pergh...bahang dia.. Memang boleh bikin aku pening kepala la. Anak anak pun kerap demam sebelum tu. Kos ulang alik klinik je dah berapa. Lepas sorang demam.. sorang lagi. Bila dah pasang aircond , diorang tak demam dah. Huhuh.. Manja tul ! Kena kerja keras la skit untuk cari side income bayar bil elekterik ni.. Lagi pun aku kerja dari rumah , kena la selesa. Tak pe la.. untuk keluarga gak.
Ok... ada yang tanya part bunyi. Bising katanya. Hehehe.. Bising sebab blower ? Blower eh nama dia ? Heee.. Ok.. Kalau tengah malam tu, memang boleh dengar la 'suara' dia. Tiupan dia kedengaran dengan agak kasar tapi tak menganggu aku sama sekali. Malah aku lena je tidur. Bila tak dengar dia , aku akan terjaga. Hahahaha.. Aku tau aircond ditutup dek wife yang dah membeku ! Hahahha.. Maka part bunyi tu, takda masalah. Kalau korang tak suka bunyi bising ketika tidur , rasanya tak sesuai la kot. TAPI !! Midea sekarang ada banyak jenis dah ! Haaa , masa aku beli dulu.. aku amik paling murah. Jimat dan memang menjimatkan. Jimat dari segi tak buat masalah berbanding aircond Toshiba aku.
Untuk aircond Midea ni , korang boleh tengok di web mereka , Midea.com.my . Kesimpulan... apakah berbaloi beli Midea ni ? Bagi aku...jika nak beli aircond baru , memang aku akan cari Midea. Sebab ? Takda masalah dengan dia ni. Bagi aku la.. Bagi korang , aku tak tau la..
Sekian.
26 comments
kat rumah mak pakai midea ni. ok la. compare dgn aircon dkt rumah saya remote midea ni ada lampu. hehehe
BalasPadamSejak dua menjak ni memang bahang betul, kipas pun kadang tak membantu, need aircond jugak kot
BalasPadamRumah juju master bedroom sejak Abg Qi lahir dh pakai aircond brand Midea, 2 kali servis tip top sampai skrg ben.
BalasPadamUmur aircond midea kami sebaya umur Abg Qi, 8 tahun bayangkan lah betapa lasaknya dia. Best!
Sejak pindah bulan 12 tak guna aircond lagi. Tersadai dalam stor😅 nanti cuba cuba beli midea puka untuk bilik anak nanti
BalasPadamBaru cadang nak cr aircond bilik belakang. Boleh la cr Midea pulak. Skrg pakais inverter
BalasPadamMIDEA ok..cuma jenama x berapa komersil.. so rasa x secure nk pasang.
BalasPadamBlh buat rujukan ni bila nk pasang kt umah. Maklum la rumah sewa.. Susah sikit..
BalasPadamTak pernah lagi pakai aircond jenama Midea ni
BalasPadamhahaha compressor'lah .... inverter memang bagus , aku ingat midea ni jenama letrik barangan dapur jer , ekon pun ada yer brand media ...baru tahu
BalasPadamkenapa dengan compressor
Padamgeng midea iyeee bisingggg je memalam lagi kuat hahahhaha
BalasPadamsata baru start guna..musim PKP ni..hihii
BalasPadamokay x awk guna midea? pakai yg mcm mn?
Padambill macam mn?
Dok tgk brand Media ni gak, bukan utk aircond tp dok survey chest freezer. Harga mcm berpatutan compared brand lain.
BalasPadamBolehla pilih brand ni bila nak pasang aircond nanti.
BalasPadamKuta pakai kipas iling je.. Takd eaircond.. Huhu.. Bilik husbnd je ade aircond
BalasPadamkalau ade sesape nk siap pasang ekon midea, saya ade jual 1hp R32 non inverter. harga siap pasang rm1050. pemasangan sekitar hutan melintang, perak. ape2 bole lawat fb page saya gOOsebeRRy COMPUTER SERVICE. terima kasih :)
BalasPadamSy baru bli midea inverter tapi bru shari pakai econ xrse sejuk dan ttbe mati sendri...napa ye...sy bli sbb untuk ank die exzema kne sejuk bru die xkuar rauam pans de jadi garu2...boleh lak econ xrse stress rase...
PadamSaya pakai midea forest series, 1.5hp dan inverter. Letak dalam master bedroom. Pasang sejak mei 2020. Jujur cakap, saya xpuas hati dengan brand ni. Biasa kalau tido bilir aircond, saya pakai baju siap berselimut. Tapi, dgn aircond midea ni, saya pasang bersama kipas no. 5,siap tido tak pakai baju. Masih tak rasa dingin tu. Siapa tahu masalah apa ye? Sayabuat self service filter (buang habuk) dengan kekerapan 3kali dlm 2 minggu. Kecewa
BalasPadamgas kurang tu,xpn ada bocor haluih,pi panggil balik installer tu
PadamSy lagi bru bli ari ptama buka 20 cm ok la sejuk ny shri lpas tu xrase ap cm kuar angin je...xsejuk langsung ni sy pggil blik tecg tgok rase gas takut gas bocor...econ ni kte mahu sejuk je...ni lak xsejuk bli untuk ank sbb die exzema ni rase frush sgt...semoga cpat la tech dtg bgi stabil sian ank...kte tgok muka die stress lagi aircornd xsejuk lagi stress....semoga dipermudahkan la...
Padammidea Xtreme Cool 1hp R32
BalasPadambulan November shj
RM990 siappasang termasuk
-8kaki copper pipe
-bracket outdoor
-power point
-15kaki paip air
https://wa.me/601126266902
Sy pun dlm bilik guna aircon brand midea,mmg blower agak bising sikit tp lena ja tdo haha....maklum la midea murah punya 1hp bawah 1k ja 😂...tp sejuk kaw2 punya...ruang tamu ja guna daikin,yg tu senyap skit...padan la dgn harga dia ....
BalasPadaminfo wak best wak, dapatlah tambah ilmu sikit.. wak saya nak recommend satu kedai servis aircond ni pasang pun boleh murah sangat.. wak boleh tekan link ni http://www.facebook.com/ServisAircondPasangAircondShahAlam/ atau terus dorang wak wasap.my/60102929079
BalasPadamSiap pasang di Putrajaya..berapa kos murah2?boleh respon?
BalasPadamwasap.my/0147459384
Saya guna midea extreme cool. Ok je dah setahun lebih. Sejuk. Cuma bising sikit la hehe
BalasPadam