Dek kerana 'Syurga Dibawah Tapak kaki Ibu' Fizi Upin Ipin dikecam di Twitter !

by - Khamis, Mei 28, 2020

Trending si Fizi kali ni. Bukan sikit lak tu. Hahahaha... Kenapa dia dikecam ? Dek sript yang dihasilkan untuknya la. Apa lagi. Dah tak pasal pasal ramai kutuk dia di Twitter. Sian dia. Hahahaha...  Tapi nak wat camana, memang watak dia disediakan begitu. Hurmm.. 

Sesungguhnya , aku memang tak gemar anak anak aku tengok Upin Ipin ni. Sesekali layan tu ok la. Kenapa ? Gaya bahasa tak sesuai untuk anak anak bawah usia ni tonton. Mereka dipengaruhi secara tidak langsung. 

Yer.. aku tahu. Kononnya itulah cara kehidupan orang kampung dulu dulu. Tapi kena fikir la... kartun yang dihasilkan adalah untuk memberi kebaikan dan manfaat untuk si penonton. Adakah Upin Ipin diciptakan untuk golongan dewasa ? Tidak kan ? Memang sasaran dia adalah kanak kanak. Dan kanak kanak ni pulak umpama span. Segalanya yang ada di depan dia , dia sedut abis ! Tak reti nak tapis lagi. Jenuh mak ayah nak kena jelaskan ! 

Tak pe sepatutnya , kau paparkan yang baik baik je ! Watak kasar seperti Fizi tu dilembutkan sedikit. Pastu tak perlu wujud watak si lembut dalam tu ! Ko nak kasi sapa tengok sebenarnya ? Ingat watak lembut menghadirkan kelucuan ke ? Haish.. 

Aku memang 'done' dengan Upin Ipin sejak 2014 lagi.. Bukan benci kartunnya tapi.. 





Belajarlah buat 'happy ending' dalam episod penting begini... Patut ada babak Fizi minta maaf kerana berkata demikian.  Maka episod syawal ni menjadi lebih baik di mata kanak kanak. Belajar memohon maaf dan juga memaafkan. Takda dalam episod tu, kan ? Hurm..

Haihsh...Entah la nak.. Segalanya dek kerana nak... paham paham je la. Kang kata melayu nak jatuhkan melayu lak..

PS: Jangan sesekali mainkan perasaan anak yatim piatu. Mereka sangat sensitif. Hormati perasaan mereka.

You May Also Like

9 comments

  1. Tak setuju jg dialog watak fizi tu.. takde sensitiviti..

    BalasPadam
  2. Oooo baru tahu fizi trending sbb ni. Haishh skrip apa la gitu, takut budak-budak buat main dengan skrip tu, lepas tu jadi bahan ejek untuk mereka yang senasib dengan ulin ipin tu. Hmm

    BalasPadam
  3. saya pun bengang dengan watak fizi tu - kasar sangat. budak-budak terikut-ikut. Tak patut untuk tontonan budak-budak, sama dengan watak Saleh / Sally. Takpe Les Copaque, jadikan kecaman dan kritikan ni sebagai pengajaran. Hopefully, lepas ni, boleh baiki skrip dan jugak watak-watak tu untuk terus kekal di hati kanak-kanak dan mak ayah. Kalau mak-ayah tak suka upin-ipin, anak-anak pun tak boleh tengok dah kartun tu. So, hopefully ambillah pengajaran dari apa yang berlaku

    BalasPadam
  4. Dah lama kurang berkenan dengan watak watak dalam upin ipin tu..

    BalasPadam
  5. Kesiannya.. Mcm tak perlu ja dialog macam tu. Tak lawak pun

    BalasPadam
  6. xsempat lagi tgk episod ini..tp mcm x kena je dialog itu kalaupun nak selitkan unsur melawak hmm

    BalasPadam
  7. Terkejut jugk masa tgok scene tu, pihak producer kna lebih berhati2 lpas ni

    BalasPadam