Hari Raya nanti , boleh gi beraya ke ?

by - Ahad, Mei 17, 2020


" Bang , nanti beli lampu lip lap eh ? Nak pasang. Kasi meriah skit. " wife bersuara sambil tunjuk 'katalog Lazada

" Carpet dah antar cuci ke belum " " tanya wife lagi.

Aku pandang dia. Tahun ni unik sedikit. 10 tahun aku bersama dia , hanya sekali je beraya di KL ni. Selebihnya di Kelantan. Memang aku tak kisah pun. Tahun ni , sejarah berulang. Dan aku tau, dia mesti terasa sayu punya. Hehehe.. Tapi sekurangnya , sebulan dah ari tu kat Kelantan dek kerana PKP. 

" Nak gi mana raya ni ? Bukan ada orang nak datang pon ? Kita pun bukan leh gi beraya mana mana. Lepas solat sunat , nak kasi khutbah raya.. Yang nak dengar , sorang jer. Lagi 3 tu , sah sah dah berlari sana sini. Kang elok dari khutbah raya terus ke ceramah poligami. Eh.. " jawab aku. 

Ok.. part poligami tu aku tambah. Hahahaha... Berani nak cakap ? Sembang kat Facebook je la berani. Cakap depan depan ? Mau gak bersahur makan biskut kering. Hahaha... 

Nah... aku difahamkan ramai dah beria nak beraya ni. Siap katanya ari ni banyak kereta kena arah patah balik dek kerana percubaan nak rentas negeri. Huhuh.. Nak balik kampung ke tu bang ? Jangan gitu... Kan kata tak boleh dah rentas negeri. 

Sumber dari Sinar Harian. 

Hurm.. ikutkan hari ni aku nak gi lawat mak aku yang berada di daerah lain tapi sama negeri. Tapi dok pikir pikir akan baik buruk.. terasa cam.. Tak pe la dulu. Aku tangguhkan je dulu niat. Dah sebulan lebih tak gi tengok dia. Kalau dulu memang kerap la.. Boleh kata selang dua hari gi tengok. 

Aku tanya Qhaliff dan Zahra.. Nak gi umah tok tak ? Terus jawab tak nak. Takut virus. Hahaha.. Aku tau dah. Memang diorang nak keluar rumah g mana mana pun tak berani dah sekarang. Kalau dulu , hujung minggu je memang pergi Alamanda. Sekarang , kalau cakap aku atau wife je nak gi , diorang memang tunggu kat rumah jer.. Takut nak ikut. 

Nasib baik mak aku ada dengan keluarga adik perempuan aku. Ditemani 3 orang cucu. Tak la boring. Alhamdulillah.. 

Kalau nak gi ziarah pagi raya Aidilfitri tu, sah sah dah tak boleh. Sekarang ni ada pulak ura ura katanya diminta PKP dijalankan pada 3 hari raya. Takut virus merebak. Katanya rakyat Malaysia ni tak berdisiplin. Tak reti nak ikut SOP. 

Ye ke tak reti ? 

Aku berpendapat rakyat Malaysia reti je ikut SOP. Yang bawak anak tu , gi shopping mall tu.. aku rasa dia tak tau pun akan arahan tak boleh bawak anak keluar gi mall. Kena ada notis pemberitahuan di dalam mall. Kanak kanak dan orang tua , serta mereka yang kurang sihat tidak dibenarkan masuk ke dalam mall.. Haaa.. 

Yang 20 orang tu ? Hahaha.. Yang ni memang banyak la kecelaruan. Aku faham niat kerajaan tu tapi sebaiknya tak yah la.. Tak perlu ramai ramai dalam rumah. Sebab tu kot lebih baik dibuat PKP je terus. Semua duduk rumah diam diam , di pagi raya ! Berdarah kau naakkk ! Sekarang kita rasa camana abang askar , polis , petugas kesihatan kena bertugas di hari raya ! Hahahaha.. Kan kan ?

Tolong..tolong pesan sesama kita. Jika rantaian Covid 19 ni tak diputuskan da muncul yang baru... jawabnya kita akan lebh 'menderita' nanti. Tak nak 'beraya' lebih lama ke ? Takkan nak beraya sehari jer ? Kalau wujud kluster raya ? Camana ? 

Maka.. sebelum nak keluar beraya ke rumah kenalan... baik fikirkan... sapa la yang datang rumah dia. Apakah dia bebas dari Covid 19 ? Apakah kita bukan pembawa ? Nah... Jangan ingat kita dah disaring , kita dah ok. Belum tentu tu.. 

Selagi takda vaksin... 'pembunuh' ni sedang memerhati untuk melaksanakan tugasnya. Sila download Google Meets dan apa jua aplikasi untuk buat video call di pagi raya ! Huhu... Kata nak 'kereta terbang' kan ? Nah... sekarang kita beraya ala ' Star Trek' . 

You May Also Like

15 comments

  1. Kampung memang kat KL, raya sama je la kot rasanya... Cumanya adegan kunjung-mengunjung la takde tahun ni.....

    BalasPadam
  2. Hehe..beraya gaya star trek.. lain macam raya tahun 2020 ni kan

    BalasPadam
  3. Kita dok umah je..demi family dan nyawa orang lain. Tengah nak cari biskut raya gak ni..tp dok mikir rasanya beli biskut tong timbang kati tu lagi laku kot dalam umah ni ..hehhe

    BalasPadam
  4. Dok rumah jelah, spend time dgn anak² sambil makan kuih raya.

    BalasPadam
  5. Sedangkan yg ada gejala, 3x test baru +ve. Yg sekali test -ve terus lega tu kena bawa bawa kuarantin dl huhu. Moga2 raya ni rakyat Malaysia tak gopoh beraya macam kebal virus.

    BalasPadam
  6. Sedih kan bila beraya mcm ni. Harap cepat berakhir wabak ni dan sama2 kita berdoa dipermudahkan menghadapi ujian Allah S. W. T

    BalasPadam
  7. Semoga virus ni hapus dan kita boleh menjalankan rutin biasa ikut SOP

    BalasPadam
  8. Raya tahun ni special. Duduk rumah sambil video call di pagi raya bersama sanak saudara yang lain. Jangan turutkan hati nak langgar arahan. Sanak saudara yang lain dah sepakat, CLOSE HOUSE pada hari raya nanti. Ada yang jaga mak ayah yang sakit. Ada juga yang baget raya ngam2. Kos nak sediakan jamuan untuk tetamu pun ada yang tak cukup baget.

    BalasPadam
  9. nak balik raya tapi takut bertambah lak bilangan kereta kena patah balik =P

    BalasPadam
  10. Dibolehkan merentas daerah pun sebenarnya masih ada risiko.Allah sedang didik kita sabar..eh,sebenarnya betul-betul-betul mendasari apa itu erti sabar yang sebenarnya..Allahu.TAK KUAT HATI INI.

    BalasPadam
  11. dok berkira2 je ni nak buat biskut raya tak, hemm..

    BalasPadam
  12. adil kali ini semua beraya duduk di perantauan. merasa macamana doktror, polis dan abam bomba dengan keluarga tak dpat balik beraya kan.. : )

    BalasPadam
  13. Assalammualaikum.. datang terjah blogwalking sini. Selamat Berpuasa, Selamat PKPB ya.

    Boleh ker? hmmm kt page MKN boleh ziarah hari pertama tp yg dekat2 je hmmmm rindu nak mkn almon london yg xdak kat london tu.

    http://iskandarx-society.blogspot.com/
    http://iskandarx.blogspot.com/
    https://melayupress.wordpress.com/
    https://twitter.com/iskandarX

    BalasPadam
  14. Lagu dendang perantau tu dah berjaya buat hati jadi tambah sayu. Padahal lagu je kot hehe

    BalasPadam
  15. Nak kleuar pun dh takut2.. Nk raya apatah lagi.. Duduk rumah tgk tv cerita raya jela

    BalasPadam