Ini semua salah group ' Suami Masak Apa Hari Ini' !!

by - Khamis, Mei 07, 2020

Bila tengok rakan rakan group  Suami Masak Apa Hari Ini ,post gambar makanan serta minuman penuh dengan warna warni dan aneka selera , aku rasa cam.. tercabar lak ! Aku tak post apa apa lagi ni. 

Maklumlah... lelaki kan tukang masak terbaik di dunia ! Bukan terbaik malah paling kreatif la berbanding orang perempuan. Aku kena buktikan gak la kan.. 

Realiti ! 

Nak berbalah, aku malas nak layan ! 

Hahahaha.. 

Aku gelak jer.. 

Nah... bila tengok ahli ahli post letak gambar makanan, aku terliur ! Eh , korang tak tengok ke ? Ops.. sori.. lelaki je boleh tengok.. Perempuan tak leh yer.. Hahahaha..

Sekali lagi..

Hahahaha... 

Aku gelakkan korang.. 

Tu la.. Suka sangat masak tak jadi.. Cer tengok laki korang.. Sekali pegang kuali , penuh meja dengan menu menu gempak giler ! Confirm jadi punya ! 

Ok.. Dek kerana aku tercabar tu.. maka tadi , aku kasi alasan mencari barang untuk repair rumah pada wife. Kononnya nak gi Mr.DIY la... Padahal nak singgah di satu tempat. Nak mencari sesuatu yang aku sendiri pun tak tau apa nak beli tapi memang nak kena beli sesuatu ! Macam ada jin la suruh datang situ. Hahahaha.. 

Fitness Concept , Alamanda ! 

Bila masuk situ.. aku rasa cam nak klimaks jer. Stim giler tengok barang barang yang ada kat situ ! Nasib baik la ekonomi tengah merundum.. Kalau tak , confirm aku keluar dari situ dengan beberapa barang.. 

Bila aku nak melangkah keluar tu.. aku ternampak sesuatu.. Alamak !! Inilah yang aku nak. Malas nak pikir bini berleter abis kalau aku beli menda ni. Apa apa , beli dulu. Kena leter , belakang cerita. Hahahaha.. 

Blender untuk bikin air sihat ! Diet Shakes gitu.

Terus amik. Bayar. Tak test pun ! Aku percaya dah kat situ. Selalu beli barang. Kalau rosak pun , senang je tukar.. Hehehee. Pastu terus gi cari bahan untuk diblendkan bersama.. Cam strawberi , pisang , berries ke , ais krim ke.. Eh.. sihat ke tu ? Hahaha.. 

Siap ! Bayar tunai. Hahahha.. Hati gumbira ! Pasni leh bikin air pastu post gambar dalam group tu ! Hehehehe.. Permulaan. Mana tau pasni aku leh post gambar nasi beriani kambing masak kurma 3.4 rasa sedap ! Haaaa... Tu dia nama menu ! Belum buat tapi dah ada nama. Hahahaha.. 

Harga ? Mampu milik. Jaminan ? Setahun. 


Menu sihat ari ni... Simple jer. Susu tu , ikutkan aku suka letak Susu Kambing Asli Lazz. Tapi sebab stok ari tu , aku dah tinggalkan kat kampung ( orang tua suka ) , maka aku guna je susu Farm Fresh ni. Ok la dari takda.. Hehehehe...

Pisang.. 

Kurma yang dah direndam. Kasi lembut skit. 

Whey Protein..

Ais krim Nestle. 

Pastu blend. Nak blend pun ada cara tak. Jangan terus menerus.. Kena berenti jap jap.. Haa. Kalau berterusan , boleh jer... boleh rosak ! Hahahaha.. 


Takda nak hias bagai. Aku nak telan air jer pun.

Tadaaa.. Siap ! Dan ketika menikmatinya selepas Azan Maghrib berkumandang , ternyata rasanya sangat... Aduh ! Ni kalau buat bisnes ni... aku leh jadi jutawan weh ! Hahahaa... Sedap  sangat ni ! Nanti nak kena buat live laa.. Nak kena guna bahan lain. Cam madu ,  habbatus sauda... Haa , mesti gempak giler punya !

Tetiba aku rajin nak memasak lak.. Hahaha.. Ini semua penangan positif itu group la ! Patut la orang perempuan bersungguh nak masuk. Sebab diorang tau , group tu ada aura baek punya ! Kan kan ?

You May Also Like

4 comments

  1. Jarang orang lelaki rajin buat menu sihat macam ni. Hebat sungguh penangan group tu, hehe
    BTW, cantiknya blender tu.

    BalasPadam
  2. hehehhe ada benda ni senang ... buat oat pisang pun senang

    BalasPadam
  3. boleh je tengok group tu cuma tak boleh komen aje..like and share boleh lagi..sebab group masih public..haha

    BalasPadam