Maggie Ayam pasti hirup kuah kasi abis !

by - Khamis, Mei 21, 2020

Aku spesis manusia yang makan , asal kenyang. Kalau nak tumis bawang , nak letak halia atau rempah ratus tu.. belum lagi la hadir rajinnya. Hehehehe.. Aku tak suka abiskan masa di dapur. Bukan malas cuma tak minat jer. Kalau lama kat dapur tu, hanyalah untuk basuh pinggang mangkuk. Memasak tu , idok ler nak oiii ! 

Tapi bila datang teringin tu... memang boleh lama la. Contohnya bila nak buat jus buah atau jus sayur.. nah , memang akan duduk lama punya. Dan pagi ni, dalam jam 3 pagi.. dek kerana wife tak boleh berpuasa dah sampai penghujung Ramadan , maka aku kena la sahur sorang sorang. Tapi aku tak kisah pun. 

Maka ... maggie yang tersimpan dek untuk backup PKP atau lockdown ni tak pernah lagi digunakan,  aku manfaatkan sepenuhnya. Dua bungkus jadi pertaruhan ! Hahaha.. Telur ayam 2 biji. Biasanya aku letak 3-4 biji tapi dek kerana kena berjimat cermat maka 2 dah memadai. 

Serunding ayam , made in Kelantan. Isinya memang padat ! Ratah begitu saja pun dah cukup tapi tamo tamo tamo.... nak campur dalam maggie. Nak kasi pedas sikit , kasi masuk sambal ikan masin cili padi. Serrrr... memang confirm licin !

Dalam gambar ke 2 tu... aku tak suka masukkan telur dalam masakan maggie aku tu. Aku akan gaulkan sekali bila maggie dah siap direbus.. Buang kuah sedikit... pastu masukkan dalam mangkuk. Pastu gaul..gaul dan gaul !  

Dan masukkan la serunding serta sambal cilipadi tu ! Siap ! Tak yah sayur bagai. Sebab kalau ada sayur , kenyang sayur aku jawabnya, Sekarang ni aku teringin nak bedal magi jer ! Hahahah





Tadaaa... siap ! Pastu menyesal ! Tiba tiba nak naik atas , workout ! Takkan nak tidur lepas makan lak kan ? Hahahaha.. Tapi tak pe.. bukan selalu pun buat kerja giler macam ni. Bila teringin jer...Kan kan ! Baru 4 kali dalam minggu ni ..

Lalalalaaa..

You May Also Like

8 comments

  1. fehh, baru awal pagi ni, dah teringin nak try mkn dengan serunding jugak

    BalasPadam
  2. ini terpengaruh dengan iklan sheila rusly ke apa..hahha jgn makan maggi selalu x bagus..

    BalasPadam
  3. Aduhhh sedapnya megi. Banyak bulan dah xmakan ni. 😅

    BalasPadam
  4. Megi tambah serunding? Orait..save idea.

    BalasPadam
  5. Suka gak megi ayam. Makan dengan sos cili atau sambal kicap. terbaik !

    BalasPadam
  6. haha, 4 kali tu.. dah lama tak makan maggi, nampak sedap plak.

    BalasPadam
  7. Lama dah tak makan maggie ayam ni. Lepas tengok gambar ni tetiba teringin pulak. Jap lagi nak masaklah

    BalasPadam