Pakat pakat jadi berduit dengan Youtube !

by - Rabu, Mei 20, 2020

Fenomena ini pernah aku rasa 10 tahun dulu. Ketika tu ramai sibuk nak jadi blogger. Katanya boleh menjana pendapatan hingga berpuluh ribu , sebulan ! Betul ke ? Huhuuhu....  Korang nak tau ? Heheee.. Memang boleh pun tapi.. tapi.. Haa ! 



Ok... pengalaman aku sebagai blogger selama 10 tahun ni dan berpendapatan melalui blog untuk menyara keluarga aku dari seorang , hinggalah ke 3. sedikit sebanyak tidak menafikan bahawa media sosial boleh menjana pendapatan yang lumayan. Kalau meniaga, lagi laaa kan ? Tapi jadi youtuber camana pulak ? 

Sejujurnya aku tak amik tau sangat part income melalui Youtube. Walaupun aku punya channel tapi itu hanyalah untuk suka suka jer. Atau bila ada task untuk projek blog , baru aku buat. Nak kata konsisten , aku lebih suka post video aku di FB dan juga Instagram berbanding Youtube. Aku punya alasan tersendiri kenapa tidak Youtube. 

Ok.. Sekarang ni kita tengok ramai dah mula buka channel di Youtube. Bukan mudah untuk jana income dari Youtube yer. Banyak syarat syarat nak kena ikut. Jika korang tengok mereka yang berjaya menjana income dari youtube ni , mereka mengeluarkan modal yang agak besar sebagai permulaan. Ada juga yang kos rendah macam yang terbaru ni.. er sapa nama dia.. Haa, Puan Sugu tu.  Kes dia ni terpencil. Memang dia buat pun suka suka tapi meletop ! Ini rezeki dia la.. Dan ramai lagi la macam dia gak. 

Nah.. bab duit memang seronok tapi kan... tau tak sesuatu ? Sepanjang aku bergelar blogger ni la kan.. aku dah kehilangan beberapa orang teman blogger. Mereka meninggal dunia dek kerana sakit dan juga kemalangan. 

Tu tak termasuk lagi dengan mereka yang aktif di Instagram atau InstaFamous mahupun Influecer di Facebook. Bila mereka meninggal dunia, waris waris serta rakan rakan mereka terpaksa meminta bantuan netizen... memadam atau buat report untuk terminatekan akaun media sosial arwah. Kenapa ? Hurm... gambar gambar yang mungkin mendedahkan aurat menjadi tumpuan. Bayangkan setiap kali orang tengok gambar dia yang terdedah aurat.. Hurmm.. 

Bayangkan... video pulak ! Perghh.. buat video nak kena ada tarikan ! Haaa... pakaian pelakon ? Adeh.. Sapa nak menjawab semua tu nanti kat sana ? Kita yang tonton satu hal.. yang berlakon satu hal. Pastu orang mula download dan viralkan .. camana ? Atau ada yang guna unsur kononnya santai dengan bahasa yang..hurmm...Anak anak kecil yang menonton pun akan terikut ! Perlu tahu , itu juga tanggungjawab kita sebagai pencipta content..

Lain la video yang ilmiah.. ok la. Takda isu. Tapi kita tau la kan.. Kat Malaysia ni , video camana yang dapat sambutan. Kan kan ? 

Maka fikir fikirkanlah.. Bagi aku , kalau korang ada skill memasak dan meniaga.. manfaatkan media sosial ni ! Bukan tak boleh jadi Youtuber tapi kena pastikan langkah korang tu betul agar tidak menyusahkan diri sendiri di kemudian hari kelak.. 

Duit memang best... tapi bila sampai satu ketika.. masa tu korang akan tepuk dahi..

" Apa aku dah buat selama ni ???? " 

Kemudian fikirkan ahli keluarga.. soal keselamatan untuk hari mendatang. Bila dah viral, keselamatan sangatlah penting ! Nak bergerak ke sana sini pun , jadi risau. Orang memandang. Mengambil gambar curi curi. Nak korek hidung pun takut dah.. 

Selamat mencuba.. 


You May Also Like

7 comments

  1. betul,saya setuju.Kena ambil langkah berjaga2 sebelum posting bukan2

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. apapun sebelum buat sesuatu betulkan niat.. kalau wanita jaga adab dan aurat, sebab esok mati tak susahkan orang nak kena cari cara nak remove content yang tidak sepatutnya.

    BalasPadam
  3. Aku sekarang aim youtube untuk simpan kenangan je la. Review sekali sekala kalau rajin 😬

    BalasPadam
  4. Baik.. Sentiasa berhati2 bila nak post..

    BalasPadam
  5. Nak post apa-apa di media sosial, kena berhati-hati. Kat dunia se hal dah..kat akhirat kena soal lagi.

    BalasPadam
  6. sampai satu masa, dia akan rasa tertekan nak mencari idea untuk video baru.

    lagi-lagi kalau dia seorang yang biasa menulis tapi tak selesa depan kamera. disebabkan duit, dia jadi fake.

    BalasPadam
  7. Tak berani nak buat content yang bukan-bukan atau lawak bodoh. Cukup sekadar menjual di personal blog dan Fbads.

    BalasPadam