Teruk sangat ke bangsa Melayu ni ?
Hari Raya aku diabiskan dengan menonton filem filem dari Indonesia. Aku lebih memahami filem Indonesia terutama yang kisahnya berlatarbelakangkan sejarah dan juga kisah benar. Sebelum ni aku tak tau langsung latar belakang Indonesia. Bagi aku sama je semua . Satu bulatan yang besar. Rupanya-rupanya tidak. Aku memahami dah 'perasaan' Kepulauan Jawa , Kepulauan Riau , Kalimantan dan sebagainya. Menarik ! Dan sejujurnya aku dah jatuh cinta dengan Indonesia. Moga berpeluang merantau ke sana satu hari nanti.
Ok..Dari keratan artikal di atas.. Melayu dikatakan bangsa yang penuh dengan hasad dengki. Dalam filem filem klasik pun ada menceritakan. Terlalu banyak ! Setiap cerita mesti ada papar si Melayu dengan perangai dengki khianatnya ! Termasuk dalam filem Indonesia.
Sejujurnya.. ketika awal aku berblog pun , aku dihentam abis abiskan oleh mereka yang sebangsa dengan aku ! Bukan dengan bangsa lain tau... bangsa aku sendiri ! Bangsa lain , amik kesempatan yang terbentang luas di mata mereka.. Yakni peluang menghasilkan duit ! Yer , mereka kasi job. Aku dapat duit , diorang pun dapat sama. Win win gitu.. Kan ?
Tapi bukanlah semua Melayu tu teruk. Teruknya Melayu tu , ada di semua bangsa ! Kita je tak tau. Dah kita membesar di kalangan orang Melayu. Cuba kau hidup di kalangan orang cina... kulit hitam ke.. atau Red Indian.. Haa , ko rasa camana ? Ada je cerita cerita mengenai perangai hasad mereka ni gak. Ko je tak tau ! Ramai je yang support aku dalam dunia blog ni. Berjaya gak naik. Terima kasih buat mereka.
Dan untuk kes Yuna ni.. aku sendiri tak suka dia. Kenapa ? Lagu dia , aku ok jer. Cuma penampilan dia. Mau paham satu perkara.. Bila kau menjadi tatapan umum , ada tiga perkara kau akan bawa bersama. Bangsa, agama dan negara ! Panjang nak ulas bab ni. Tapi contohi Shila Hamzah. Boleh je dia naik dan orang melayu di sini bangga jer ! Dia pakai elok elok.. Nyanyi sedap sedap ! Ok la kan ? Seperti Siti Nurhaliza tu.. Kalau kau kat Amerika , kena ikut style sana la eh ? Anita Sarawak ? Dato Shake ? Ada ke Melayu kecam sampai perlu keluar statement tu ? Dah tu ko bikin lagu melayu untuk sapa dengar ?? Bangsa kau gak kan ? Buat je lagu dalam bahasa Latin . Senang. suruh diorang support ! Mudah gitu kan ?
Nak berjaya ni bukan mudah. Tapi bila dah berada di atas , mereka yang dibawa selama ni mengecam..mengkritik akan automatik tutup mulut ! Kejar je apa yang nak dikejar. Selagi kita tau mana baik dan mana tidak , teruskan. Jangan tinggalkan agama dek kerana dunia. Tak berkat gitu. Hidup sendiri jadi tak tenang !
Ko tengok Raihan dulu camana ? Dunia kenal dia. Berjaya pun popular !
12 comments
Setuju.. Makin lama makin hilang pulak identiti bangsa dan agama dia.. Moga Allah pelihara kita semua dari fitnah dunia.. Aaamiin
BalasPadamsaya pun tak suka Yuna ni. tak suka dengan outfit dia. dulu Ok jer masa mula-mula jadi retis- pakai tudung tutup semua, skrang dah nampak leher. Betulah kata Ben, kalau kita kejar dunia hidup tak berkata sebab Dunia datang semula pada kita, sedangkan akhirat jauh pergi meninggalkan kita
BalasPadamTak minat yuna since dia tukar style tudung dan pakaian dia lepas dah popular. Sekarang dah berani kecam bangsa sendiri pulak
BalasPadamDah lama x dengar lagu Yuna ni.
BalasPadamHmmm bila la Melayu nak sokong Melayu. Kalau mcm ni busukkan nama kaum sendiri susah la...malu kt pelancong asing memuja dtg Malaysia.
BalasPadamWe are not in their shoes. But agree we have to know our limit as Islam
BalasPadammaybe ni pengalaman c Yuna pernah hadapi masa nak naik dulu...hahaaa...
BalasPadamsorry to say lah, suara c Yuna ni pun aku X berkenan.....
jangan sapai jadi "wht u give u get back"....
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,BRO BEN yang SADO!!!
Agak sensitif bila nak utarakan tentang 'seseorang'. Masing² ada hak nak bersuara apatah lagi pembawakan cuma kena tahu cara tambah kalau dah terjebak dalam dunia glamor ni lagi la sering diperhatikan. Tepuk dada tanya selera
BalasPadamLagu dia yg sblm² ni sedap, sbb ada unsur pop melayu tp ye lah, dia dah besar panjang. Her choice.
BalasPadamLagu dia best.. Mungkin karakter / fesyen dah berubah sikit sejak duduk sana.. Cuma tulah downgrade kaum sendiri tu tak patut pun
BalasPadamTu semua sifat diri sendiri, tak boleh nk pukul rata..
BalasPadamkannn..!!
BalasPadambetul tu bossku,
bukan semua Melayu minat dia..
bukan semua Melayu bangga dengan dia..
isshh aku mmg tak pernah minat dia lngsung, lagu dia pon mmg aku tak minat dan taktau pon apa lagu dia, bukan aku hasad dengki dgn dia, tp mmg tak minat nak buat caner.. kan..
mmg laa dia tak pernah kene diskriminate kat US, sebab org² yg dia deal kat sana kbnykannya Black.. btol tak..? cuber dia deal dgn 100% bangsa White kat sana, silap² kene s*x*al harrasment lg.. sana kan mmg terkenal bab tu..
panas btol laa kalo dgr org kutuk bangsa sendiri sedangkan yg naikkan dia bangsa sendiri yg dikutuknya.. lupa daratan btol.. patutnya dia tak perlu pon kutuk bangsa sendiri..
p/s:
aku lg minat Dayang Nurfaizah, walopon beliau rupa biasa² aje tp gaya lemah lembut, tutur bahasa ala² manja sopan buat org lebih respek, walopon lagu dia tak laa minat sgt pon..
ahahaha 😅