Tips buat mereka yang ada tekanan darah tinggi !

by - Mei 18, 2020


Tiba-tiba semalam mata aku tak boleh tengok skrin tv mahupun handphone. Aku tak tau kenapa. Awalnya aku ingat sebab rabun dekat atau silau. Bila pakai spek , part silau tu hilang la skit tapi rabun dekat tu memang tak leh la cover.. 

Kepala pening sedikit. Tapi takda pulak tanda sakit tengkuk atau dahi. Pening macam berpinar gitu. Badan mula berpeluh. Apahal ni ??? Aku tak rasa pun tekanan darah aku naik. Tak check pun. Maklumlah... aku jaga makan gitu. Apa yang aku buat ialah , aku mintak ubat tahan sakit dan makan. Terus tidur pastu. Yer, kena bereha ! 

Bangun tidur... pening dan kabur dah takda tapi badan masih terasa cam.. panas panas gitu. Ingatkan metabolisma aku naik. Huhuh.. Kalau workout mesti bakar banyak kalori. Tapi aku takda mood nak workout. Apahal ??? 

Yer.. memang tekanan darah aku naik ! Rasa macam nak demam tapi tak demam. Dah check suhu badan. Clear. Takda demam. Apa yang aku buat ialah.. aku mintak wife buatkan secawan air dan masukkan beberapa keping asam gelugor aka asam keping. Tunggu suam , pastu minum. Rasanya ? Jangan cerita laaa dia punya masam aihhh.. Memang padu. Kejap je terasa cam... haa.. Aku tak nak la kata itu ubat untuk darah tinggi tapi untuk turunkan seketika tu, boleh la cuba.. 

Alhamdulillah.. dah berapa kali menjadi pada aku. Kalau diamalkan seminggu sekali pun bagus. Jangan hari hari lak. Huhuh... Dan yang penting, lepas minum tu.. kena rehat. Jangan pulak gi lepak kedai mamak.. Eh , mana boleh lepak lepak dah sekarang kan ? Hehehe..

Yer.. aku tau.. sejak PKP ni ramai dah ada tekanan darah tinggi.. kan ? Hahahaha.. Sabar la yer.

You May Also Like

4 comments

  1. bagus untuk amalankan seminggu sekali, sama2 jaga kesihatan : )

    BalasPadam
  2. Thanks for the sharing. Bila baca baru tau tanda-tanda darah tinggi.😅 take care Ben.

    BalasPadam
  3. Pernah cuba tp mmg tiba2 rasa mcm nak pitam. Tak berani nak cuba dh.Mungkin ikut orang jgk kot. Skrg tgh cari alternatif lain pula.

    BalasPadam