Ben , aku nak kurus tapi tak nak bersenam ! Camana ??

by - Isnin, Mac 14, 2022


Alhamdulillah.. lutut kaki makin sembuh. Bengkak tu makin surut dah. 2 hari ni aku ada baca pasal Sista Baker ni kat internet dan juga tengok cara rehab yang boleh aku buat sendiri. Fisio yang aku buat baru baru ni , sangat membantu. Oh ya... fisio ni bukan buat sekali terus ok tau ! Sekurang-kurangnya 2-3 kali , bergantung pada masalah kita tu. Aku sendiri buat 2 kali. Pertama ari tu, release tekanan pada bahagian belakang tu. Yang kedua , baru baru ini aku buat. Boleh tengok pada entri aku yang sebelum ni. Rajin rajin la membaca yer. Jangan tengok video jer. Heee..

Ok ok... Aku tengok ada kawan kawan yang mula jaga badan. Mereka fokus nak turunkan berat badan nak hilangkan boroi. Alhamdulillah. Terbaik ! Jangan biarkan boroi menjadi bayang bayang kehidupan kita. Benda boleh tinggalkan , kenapa nak usung ? Hahaha.. kan kan ?

Caranya ? Aku dah banyak kali cerita bab ni kat blog ni. Tapi tak pe.. aku suka je berkongsi cerita. Tips dan cara ni, bergantung pada orang dan juga tahap ilmu dia mahupun pengalaman hidup. Macam aku ni , level 1 jer. Takda kelayakan mahupun sijil nak ajar orang. Tapi pengalaman sejemput tu ada la. 

Macam aku ni, masalah utama ialah penjagaan makanan. Memang payah betul nak kawal ! Tapi bila dah disahkan ada tekanan darah tinggi, mengelupur la aku. Tu pun masih tak insaf. Bila tengok kawan kawan meninggal dunia dek kerana penyakit yang membunuh dalam senyap tu, aku rasa masa untuk ubah gaya hidup perlu ditegaskan lagi ! Jaga tidur dan jaga makan. Jangan bedal lagi makanan segera yang cukup tidak sihat tu. Sesekali.. ok ! 



Cukup setengah jam brisk walk.. Oh ya, kalau ada masalah lutut, elakkan berlari yer.. Heee.. Tunggu sembuh betul betul baru boleh dan pastikan guna kasut sukan yang betul. Jangan main belasah jer. Rosak lagi lutut tu. 

Di rumah.. aku buat recovery dengan guna ice pack ni. Memang melegakan sangat keradangan tu. Kalau rajin buat , inshaAllah lama lama ok semula bahagian lutut tu tapi tak hilang tau.. Dia boleh datang semula jika berlaku kecederaan ! Haaaa.. 


Nak kurus tapi takda masa nak bersenam ? Hurm.. teruk sangat ke sampai takda masa ? Pagi bangun kul berapa ? Malam tidur kul berapa ? Sempat tak main game kat rumah ? Atau sempat tak baca buku ? Haaaa...Nak bersenam ni ,tak perlu lama lama pun. Setengah jam sehari ok dah. Buat lepas solat subuh atau lepas Isyak. Kalau macam tu pon rasanya takda masa, lebih baik korang nilai balik kehidupan korang tu. Berbaloi ke tak ? 

Kemudian.. jaga makan. Alaaa.. kalau boleh berpuasa tu, mesti boleh jaga makan punya. Macam aku ni laa... Pagi hari , aku amik oats dan susu jer. Nak sado kan muscle tu, aku tambah la Isolean atau whey protein. Tak perlu banyak pun. 

Risau buah pinggang rosak ? Bang... amalkan pengambilan jus sayur buah atau paling tidak pun, bila makan tengahari tu , lebihkan sayur atau ulam ulaman. Semua tu bagus untuk buah pinggang. Melainkan jika dah ada masalah buah pinggang, maka jangan amik la. 

Tak susah pun sebenarnya nak jaga makan ni. Macam aku buat la.. nak makan sedap, aku makan pada hari Sabtu atau Ahad jer. Tu pun makan tengahari jer. Tapi pagi dan malamnya, aku tetap bersenam. Dan makanan tu pulak , pastikan garam , gula dan kandungan minyak serta lemak terkawal ! Jangan main bedal jer ! 



Hasil dari jaga badan ? Heee.. Bukan nak jadi pelakon pun tapi lebih pada kesihatan dan kepuasan diri. Bila tengok cermin tu, terasa la elok skit badan dan di zaman Covid 19 ni, kita memang dinasihatkan untuk jaga berat badan dan juga kesihatan. 

Tu je la aku boleh nasihatkan kat korang. Tak salah kasi macho dan cantikkan badan tu. Pasangan tengok pun suka walaupun dia tak cakap. Eleh.. tau sangat ! Hahahaha.. 

Dapatkan makanan tambahan yang boleh dipercayai di https://nutritionpro.my/ .


 

You May Also Like

2 comments