Kali pertama makan buah kerdas atau genuak !

by - Rabu, Mac 09, 2022


Satu hari aku dok pandang buah ni atas meja. Rupa dia cam buah dam. Warnanya gelap. Tertanya tanya gak buah apa tu tapi mulut terkunci. Teringin nak tau tapi malas nak bertanya. Hahahha... Aku lebih tertarik pada ulam yang lain ketika tu. Sehinggalah malamnya, barulah mulut aku nak bertanya. Dan aku dimaklumkan itu ulam ! Bila dengar ulam , terus la aku makan gitu jer. Heeee.. Ulam ni bagus untuk bersihkan buah pinggang kita. Aku lak kan rajin dok minum whey protein. Maka kena rajin juga la cuci buah pinggang ni. Demi masa hadapan. 

Sebiji demi sebiji aku gigit dan telan. Rasa dia ? Hurm.. aku tak leh nak gambarkan camana rasa dia. Nak kata pahit , tak gak. Nak kata payau pun tak gak. Lebih pada takda rasa. Tapi bila dah lama dalam mulut tu, terasa cam.. hurm.. kebas  pun ada gak ! Hahaha.. Tapi tetap nak makan lagi dan lagi. Dek kerana ada yang kata boleh bikin angin, maka aku hadkan masuk ke dalam mulut aku. Nak tengok kesan sampingan pada badan aku. 


Alhamdulillah... takda angin. Cuma mulut sedikit berbau kurang enak. Sikit je la. Air kencing berbau ? Er.. takda la pulak tapi wife aku kata ada. Heeee.. Takda la semerbak  mana pun. Ok jer. Anak anak masuk mandi tak bunyi apa pun. Wife aku saja nak lebih provokasi. Dia tak leh makan. Hahahaha.. Spesis lidah dah biasa telan manis ni memang payah nak telan makanan begini. 

Khasiat buah kerdas atau genuak ni ? Dia macam petai dan jering gak. Melawaskan kencing, membersihkan buah pinggang dan juga awet muda. Kesan sampingan kalau makan lebih ? Hurm.. tu aku tak pasti. Tapi dari komen kawan kawan yang suka makan buah kerdas ni, lebih pada bau je la. Lain dari tu, takda. 

Cara makan ? Cara makan dia ada banyak. Nak bedal macam tu pun ok jer. Atau dimakan bersama sambal dan sebagainya. Ikut kreativiti memasing la. Aku lebih suka macam gitu jer. Kalau makan ngan nasi, akan bertambah lak. Hehehehe... 


You May Also Like

3 comments

  1. sedap makan yang muda...rasa makan kacang..

    BalasPadam
  2. Terpaling layan. Tapi semenjak kena serangan gastrik... terpaksa kurangkan jering dan kerdas. Perit

    BalasPadam
  3. Pernah dengar tapi belum pernah makan lagi.

    BalasPadam