Wife bukan kena apendiks tapi...

by - Rabu, Mac 23, 2022

Hari ke 3 anak anak masih tak ke sekolah. Sian kat anak anak tapi apa boleh buat , kan ? Aku kena utamakan wife terlebih buat masa ni. Jika aku hantar anak anak ke sekolah, andai wife tiba tiba sakit.. dan kena hantar ke hospital , camana diorang di sekolah lak ? Haa.. Kalau dulu takda virus , aku boleh gak mintak tolong kawan kawan tapi sekarang ni.. diorang pun mesti risaukan keluarga mereka juga. 

Selepas gi klinik baru baru ni di Putrajaya , perut wife dah ok skit. Dia disuntik oleh doktor di pinggang dia. Jika sejam selepas suntikan , sakit dia tak suruh.. dia suruh terus pergi ke hospital berdekatan. Aku dah contact agen insuran aku untuk minta bantuan bab hospital ni. Alhamdulillah.. dibantu dengan baik.

Sejam kemudian.. sakit perut dia dah surut. Tapi masih berbisa. Katanya bukan di tempat sama dah. Lari ke tempat lain. Huhu.. sah angin ni ! Angin dalam perut ni memang bisa. Teringat arwah ayah aku dulu yang sering sakit perut ketika aku masih kecil. Aku rajin diminta urut perut dia. Arwah ajar camana nak mengurut. Alhamdulillah.. berguna di masa kini. 

Tapi masalah wife aku ni...baru nak pegang , dah sakit ! Awal awal , aku ingat memang sakit tapi teringat dia yang pernah terseliuh dan sakit dia bukan kepalang.. aku cam.. hurm , dia ni memang tak boleh sakit skit ! Tapi pelik boleh lahir 3 orang anak gitu aja. Huhuh.. Bermakna dia melayan sakit dia tu. Patutnya kena tahan skit sakit tu. 

Aku kasi air halia tapi dia tak nak. Katanya dah makan ubat. Aku malas nak paksa. Dan malam semalam , aku buka youtube. Cari cara camana nak mengurut perut masuk angin. Tapi sebelum tu , aku paksa juga dia minum air serbuk halia tu. Katanya angin macam nak keluar tapi tersangkut. 

Alhamdulillah.. Aku jumpa satu video yang bagus.. Dia beri tunjuk ajar camana nak mengurut perut yang kembung dan masuk angin. Memang berkesan sangat. Maka wife mengurut la sendiri perut dia dengan ikut cara yang diajar. Tak lama kemudian , dia berlari masuk tandas. Pastu dia keluar.. katanya lega dah skit ! Angin keluar.  Boleh tonton di SINI 



Selepas subuh pagi tadi.. aku tengok dia. Katanya dah ok skit. Tapi aku cam.. hurm. Dia ni nak kena paksa gak ni ! Aku ajak dia naik ke tingkat atas. Ajak bersenam. Sebelum tu aku bancuhkan dia halia dicampur madu tualang. Terus keluar angin tapi tak banyak. Masih sangkut sangkut gitu. 

Aku tau... bila perut masuk angin ni, memang kena bersenam ! Jangan biarkan. Bila berpeluh.. baru angin mudah nak pecah. Jangan harap pada ubat semata. Pastu bila dah pecah angin, kena cari sup panas.. makan skit. Memang takda selera tapi jangan biarkan perut kosong. Apatah lagi bila dah mula keluar masuk tandas. Haa.. gitulah yang aku buat bila perut masuk angin ni. Yer, aku pun mudah kena dulu. Tapi sejak dua menjak ni.. memang jarang sangat la. Aku makan oats pagi pagi dan malam hari. Alhamdulillah.. ok . 

Selepas anak anak bangun.. bersiap gi klinik sekali lagi. Kali ni nekad. Kalau doktor kata tak ok.. maka terus gi hospital. Dan di klinik.. doktor bagitau ni masalah angin. Lega sedikit. Dikasi ubat dan cuti rehat 2 hari. Huhu. panjang cuti kali ni ! 

Dan dia berjanji.. selepas ni ikut cakap aku. Bersenam serta jaga makan. Halia , mau minum pagi dan petang.. Gitulah.. dah sakit.. macam macam janji. Nanti dah sihat ? Masuk balik Starbuck ! 

Nak serbuk halia.. aku ada ! Khas dari tanah gunung berapi ! 






 

You May Also Like

2 comments

  1. pernah rasa masuk angin dalam badan..
    serba tak kena, makan muntah minum muntah, duduk baring semua tak kena.

    BalasPadam
  2. Saya dulu ada gastrik, ada gerd, sampai penah masuk hospital buat skop. Masa kena gastrik tu, fuhh! sakitnya.

    BalasPadam