2 minggu berlalu dengan jayanya !

by - Rabu, Disember 21, 2022

Ketika awal wife beritahu yang dia nak ke London selama 2 minggu , aku cam.. gulp ! Boleh ke aku urus anak anak dengan keadaan sekarang ni ? Aduhai.. Serba salah aku. Tak dikasi nanti kata mengongkong lak. Dikasi nanti , kiri kanan nak kena tengok. Aku di rumah bukan saja duduk kemas rumah tapi tetap kena cari rezeki gak. Boleh biol jadinya. Hahaha.. 

Tiba masanya , aku dan anak anak menghitung hari. Tapi bila dah masuk hari ke seterusnya , kami dah boleh lalui. Cuma sesekali anak anak beritahu diorang rindukan ibunya. Nasib baik boleh video call. Terubat la juga rindu memasing. 

Tanggungjawab aku pastikan anak anak sihat, cukup makan , rumah bersih, elektrik dan air tidak terbazir begitu saja, bukan mudah. Syukur kepada Allah , semua selamat dalam tempoh 2 minggu. Mak mertua call tanya khabar cucu cucu dia. Begitu juga mak aku. 

Walaupun tanpa isteri di sisi , aku tetap bawa anak anak nikmati kehidupan seperti biasa. Tapi aku tak bawa ke tempat berisiko  tinggi. Huhuh.. Cuma sayangnya , ada perancangan terpaksa ditunda. Penting tu memang penting tapi demi keselamatan , tunda dululah. 

Bangun jam 5 pagi. Kemas rumah. Menyapu , mop , sediakan makanan, basuh baju , lipat kain , ke gym , update blog , jalan jalan.. dan paling pentnig, belajar  tetapi kena belajar ! Tidur , ikut jadual. Selesai solat Isyak, semua naik atas.. bersedia untuk tidur ! Tidur awal, bangun awal ! Tidur yang cukup , inshaallah semua tenang. 

Gaduh ? Hari hari ada. Nak jadi pengadil tanpa VAR bukan mudah. Berat sebelah itu , pastinya berlaku. Si abang selalu kena mengalah. Itu yang aku bagitau pada Qhaliff. Sebagai khalifah , dia kena bersedia untuk memikul segala kesalahan andai adik adik buat salah. Aku bagitau dia, jika dia bersalah, bermakna ayah dia lagi bersalah ! Maka kita kena bergerak sepasukan. Teamwork ! 

Bukan mudah.. tapi aku tak sangka berjaya lakukan dengan baik, dengan kerjasama anak anak ! Alhamdulillah.. Tu wife bunyi nak gi Korea lak ! Huhhhhh ! Mentang mentang takda orang nak sponsor aku gi melancong dah ! Berhuhu je la aku jaga anak anak di rumah. 





Tertidur di gym.. Hee.. Terserlah kepenatan ! 

 

You May Also Like

1 comments

  1. Cayalah! Memang Aben boleh .. Masakan tidak, jaga semua sejak baby. Tahniah Aben!

    BalasPadam