Ditinggalkan pergi kami...

by - Selasa, Disember 06, 2022

Dua perasaan aku dah alami. Ketika aku meninggalkan pergi dan kali ini , ditinggalkan pergi ! Bersama pakej !! Hee.. biasanya aku bawa diri jer. Kali ni, kena jaga anak anak untuk satu jangka masa yang agak panjang. Sebelum ni , paling lama pun 2 hari je. Kali ni, 2 minggu lebih.  

Alhamdulillah.. urusan sang isteri dipermudahkan Allah. Walaupun ada kesukaran pada awalnya, tapi segalanya dapat diatasi dengan kesabaran. Yer, sabar ! Tu penting. Kalau tak sabar, banyak kerugian di situ. Orang sabar pun boleh jadi Perdana Menteri mahupun Menteri ! Haa.. eh , malas nak masuk cerita politik. 

Bagi aku , ni peluang untuk wife 'berehat; selepas berbelas tahun berkerja di sektor awam. Dia pun tak pernah merasa pergi luar negara. Paling jauh , negara jiran jer.. tu pun tak sempat nak berjalan. Gi esok, lusa balik. Gitulah...Sebab tu aku benarkan je dia pergi tengok negara orang. Asyik dengar aku cerita jer kan..




Antara amanat yang ditinggalkan untuk kami. Hee.. dengan anak anak , jangan gaduh gaduh dan buatkan daddy stress ! Dengan suaminya , cam biasa la.. Jaga rumah elok elok. Jaga anak anak.. Jangan stress stress dan banyak lagi.. 

InshaAllah.. heee..



2 minggu ! Fuh... yang merisaukan aku ialah baju baju ni sapa nak lipat ? Hahahaha.. Lipat sendiri ? Adeh.. seharian berlari sana sini termasuk gi gym, malam nak lipat kain.. memang ngan aku aku sekali terlipat ! 

Bab makan takda masalah. Heee... Nasib baik la minggu depan cuti. Boleh gi umah adik beradik. Oh ya, cuti sekolah nak buat apa ? Takkan nak tengok anak anak abiskan masa dengan bermain je kan ? Nak ajar , kita pun kekadang penat. 

Tak pe.. aku leh bantu. Mana la bermanfaat.. kan ? Baca di Apa Nak Buat Cuti Sekolah Nanti ?





 

You May Also Like

3 comments

  1. hahha..insyallah boleh tu. nak taknak je..jauh termenung tu fikir plan nak buat masa cuti sekolah..haha

    BalasPadam
  2. Hahaha baru sehari dah teradai kat pagar ke tuuu *ikut gambar last :p

    BalasPadam
  3. Takpe takpe ... jangan duk berjemur sangat kat pagar tu kan rentung kan.. Bini balik tak kenal kan hahaha..

    BalasPadam