Dapur Tanpa Sempadan...

Dari LyssA SecreT

Khamis, 22 September 2011

Gaun Memey dan sut persalinan Norman Hakim bakal dipamerkan di Muzium Negara !

 

image

Perghhhhhhhhhhh..... Gila babas !! Babas pon tak gila camni ahh.. Aku punya sut dulu pon dipamerkan gak.. Tapi kat kedai dobi jeer.. Hehehe..

 

Dipetik dari Yahoo

Selepas menggemparkan ramai dengan pengumuman persiapan majlis perkahwinan yang dikhabarkan mencecah RM12 juta, pasangan kontroversi, Memey Suhaiza dan Norman Hakim yang bakal diijabkabulkan 24 September ini mencipta satu lagi sejarah dalam dunia perkahwinan selebriti tempatan.

Baru-baru ini digemparkan di beberapa laman sesawang hiburan bahawa busana pengantin rekaan pereka tersohor dunia, Vera Wang yang bakal dipakai oleh Memey semasa majlis resepsi bertemakan New York di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur akan dipamerkan di Muzium Negara sejurus selepas majlis tersebut tamat.

Bukan sahaja gaun ciptaan Vera, malah sut persalinan Norman serta kasut pengantin bertatahkan mutiara tajaan Rafflesia turut akan dipamerkan yang disifatkan wajar sebagai tatapan generasi akan datang.

Tentu sahaja perkhabaran ini mengundang keterujaan pasangan bakal mempelai ini kerana ia pertama kali berlaku di Malaysia. Namun tidak kurang juga yang mengecam bukan terhadap gaun tersebut, sebaliknya mempersoalkan keistimewaan si pemakai yang tiba-tiba dijulang tinggi waima pencapaian karier seninya tidaklah segah mana juga belum pernah mengharumkan nama negara seperti mana penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza yang wajar mendapat penghormatan sedemikian. Jika dinilai dan ditimbang tara dari segi populariti dan pencapaian, gaun perkahwinan milik Siti lebih wajar dipamerkan untuk tatapan ramai.

Video Persiapan Persandingan Norman & Memey .. Klik SINI

Amacam ? Ada sapa pasni mau letak sut mereka kat Muzium Orang Asli ? Ada ruang kosong lagi tu.. hehehe .. Jangan maki hamun yer.. Tak baik.. Apa yang mereka buat , itu antara sesama mereka dengan Allah.. Kita sendiri pon tak baik mana kan ?  :)

24 komen:

Niena Pengembara Ilahi berkata... [Reply to comment]

hmmm...mga berkekalan la hendaknye

kema berkata... [Reply to comment]

x fham.. kenaper la..org yg kene tangkap khlwat, dadah @ yg seangkatnya dipuja-puja... leh lak dpt sponsor juta2 cm2... yg baik. ikhlas org x pndg pun kan...


kenapa?????

Yatie Awang berkata... [Reply to comment]

cantik sangat ke...OMG hahha

syawalsimpsons berkata... [Reply to comment]

BIASA JE PON BAJUNYER...MMMM....

Bro ahmad berkata... [Reply to comment]

buat lawak apekah ini huhuuu..tapi sape nk tengok baju tu pergi muzium??

HAFIZAL berkata... [Reply to comment]

perh...hebat lah...kisah duda dan dara ni.hehehehe

aimaniman berkata... [Reply to comment]

tuah badan kann.. tp biasanya orang pakaian pengantin tu tatapan personal, x maw aa kongsi2 1 malaysia tengok dan pegang2... x der nilai sentimentalnya plak..

Подтверждаю berkata... [Reply to comment]

as salam..
dunia dah terbalik kan..seperlunya golongan alim ulama' yang diangkat..tapi selebriti yang diagung2kan..kalau menjurus kepada agama, takpe la jufa..hm...

orang asli? ok juga tu. nak2 kasi tatapan buat yang ter-memeluk agama kristian. kasi tunjuk sikit sebahagian pakaian menutup aurat untuk pengantin. hehehe..artis2 ratanya tak tutup sempurna kan..tutup pun, tengok2, sekadar membalut ketat pada kulit

=_=

amniey91 berkata... [Reply to comment]

pelik betol la..lau cmni nk biar kna tangkap khalwat la..mana taw dpt baju mahal jugak org sponsor...ley trknal sikit...sian Abby...huhu

mas saari berkata... [Reply to comment]

hurmmmm...berbanggalah dengan urusan dunia tu!

The OnE n OnLy AzLiNDaRitA berkata... [Reply to comment]

Akhir Zaman golongan mcm ni yg diagung2kan, tp golongan ulama? Allahu'alam.. Tak pegi muzium lah lps ni, takut anak salah faham Sejarah Malaysia ada libatkan artis :p

Citarasa Rinduan berkata... [Reply to comment]

moga mereka bahagia..

cuma terfikir.. apa istimewanya mereka..

Liyana Yusof berkata... [Reply to comment]

hahaha... weh apasal seluar dalam aku diorang tak nak letak kat Muzium Negara ? Seluar dalam aku ada sentimental value gak.. siap ada koyakkan semula jadi... Memey punyer sual dlm ada mcm suar dlm aku ? tak der kan ? hahahaha... Gedik ar diorang nih.. MAKIN MENYAMPAH DENGAN DIORANG BDUA NIH!!

Fatin Farhana Binti Ramli berkata... [Reply to comment]

cantik sangat ke ?? perlu ke ?? penting ke nak pamerkan ?? pembaziran je semue tu .. pakai bape minit je .. pastu nak pamirkan kat muzium .. tak berbaloi langsung .. baik pamirkan baju petani orang dulu dulu ja ..

Adylia Qarissa berkata... [Reply to comment]

yang lagi bernilai ialah 'akad' yang dilafazkan..semoga 'akad' tersebut berkekalan hingga nafas terakhir dan tak masuk muzium cerita dorang nie :)

waniey syazwani berkata... [Reply to comment]

selalu brg lama @ antik ja msuk muzium... yg baru pun nak masuk jugak ke...

Aziela berkata... [Reply to comment]

Eooww...geli geleman laa akak dengar berita cam nie...

inilah aku berkata... [Reply to comment]

macam kurang logik jer nak letak sut tu kat mesium negara.. baik letak orang yang pakai sut kat situ.. tak logik betul lah...

p/s: kalau betul pasti abby tak akan jejak kaki ke situ kan... abby jangan marah yer...

Eera Shera berkata... [Reply to comment]

biar ALLAH adili dorang..no komen

yayath berkata... [Reply to comment]

perggghhhhhhhh...im speechless:)haha

CIK PARO! berkata... [Reply to comment]

no komen~~~

Noorsha Muhamad berkata... [Reply to comment]

alahai..da tgk persiapan kawin diorg..konon nk jg dua belah pihak..abby agaknyer sje kot nk tnjuk baik kt norman..huhu..moga tuhan saja mampu membalas manusia2 yg tak tkut dgn Allah ni..huhu..

Mish Apple berkata... [Reply to comment]

ape la perasaan Abby .

Qaseh dalia adelia berkata... [Reply to comment]

nyampah

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI