Bila wife ‘dateline’ dan ayah aku ada kanser ..

 

Wife , katanya tarikh dia patut bersalin Selasa ni .. Er , tah berapa haribulan .. Tapi minggu depan la.. Kalau tak ‘keluar’ gak , doktor kasi sampai 5hb.. Hurmmm ..

Dan pada hari yang sama , ayah aku kena gi HKL untuk checkup.. Dia ada kanser di lidahnya.. Hurm.. Aku diminta temankan dia di sana..

Ok je.. Takde masalah .. Tapi kalau wife bersalin dalam beberapa hari ni , camana lak ? Alahai.. sian dia .. Ayah aku tu dah down semangat dia .. Huhu.. Tak bermaya je kebelakangan ni ..

Adik aku dah bawak gi checkup kat pakar di hospital swasta tapi kos perubatan sangat tinggi .. Sebelum tu ayah aku mmg dah gi checkup kat hospital kerajaan dan dah ada date untuk appointment pon..

Menurut doktor pakar , ianya adalah kanser. Kanser yang berpunca dari rokok ! Dah cakap dah banyak kali .. Tapi tau la kan .. orang tua .. Hurmm.. Bila dah kena , baru pening kepala.. Huu..

Kalau benar sayangkan orang tersayang , nasihatlah dia betul .. Jangan merokok ..

12 ulasan:

  1. hmmm...susah sket nak nasihat ayah sendiri. biasanya bila dah dpt penyakit baru dia akan perlahankan xtvt merokok. tu pon sbb kena marah ngn doktor.hehe.(pengalaman saya).

    BalasPadam
  2. Allahu rabbi.... saya doakan yg terbaik utk ayahanda, wife dan second baby juga abg long qhaliff... semoga semuanya dipermudahkan abg ben...

    BalasPadam
  3. Moge2 semuanya dipermudahkan tok abg ben n family insyaAllah..

    BalasPadam
  4. Ayah saya heavy smoker sebelum ni..sekarang da 8bulan berenti...tahun lepas dia buat bypass..n ganti valve baru..dia cakap terus terang ngan kami adk beradik...dia mnyesal tak dengar cakap n berenti awal2..sekarang even bau rokok pn da xle..alhamdulillah..huhu

    BalasPadam
  5. arwah abah dlu kanser paru2... sedih terkilan sgt sbb xsmpt tgk arwah. sbb ulang alik drive jauh melawat abah air ketuban leaking, ari yg nk g tgk abahbjt hospital tu kna admid ward sbb doc kata bahayam sebulan kt ward sblm induce.Yg sedih arwah abah mnggal msa kita dlm pntang.xsmpt nk tgk abh..xsmpt abah nk tgk cucu dia.

    BalasPadam
  6. mesti keliru nak utamakan yang mana satu. isteri atau ayah. apapun, moga semuanya dipermudahkan.

    BalasPadam
  7. bro ben, bawak ur ayah jumpa dr ashaari..Insha Allah dia ada penawar kanser dari merebak.tak perlu kos tinggi.refer z3 marketing and drink le jus.bukan nak promote..tapi kita ikhtiar.u bawak je jumpa..further info email me

    BalasPadam
  8. semoga semuanya selamat beben..inshaAllah.

    BalasPadam
  9. Semoga dipermudahlan semua urusan..

    Nak menasihatkan seorang perokok memang amatlah payah... Banyaknya jenis ketegaq..

    BalasPadam
  10. Sekarang ni macam2 jenis kanser kita dengar, apapun semoga dipermudahkan buat keduanya...ayah dan isteri.

    BalasPadam
  11. semoga dipermudahkan segalanya...

    BalasPadam
  12. semoga segala dipermudahkan..... sy doakan semuanya ok. sabar bnyk2..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009