Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 17 April 2014

Bodoh lagi sombong !

 

Aku sebenarnya boleh lukis lagi cantik tapi saja tak nak sebab hak cipta terpelihara.. Nanti ada yang amik dan kata dia yang buat.. Pastu siap patenkan lagi.. Tamo laaa .. Biar nampak lukisan aku  ala ala Fatamorgana punya style..

Er , fatamorgana tu apa ??

Ok , lukisan ala ala Leonardo Da Vinci ni apa halnya ? Gini .. Zaman ni , makin ramai manusia yang pentingkan diri sendiri ! Dia cuma kisahkan nyawa dia je.. Nyawa orang lain , dia tolak tepi !

Nak dijadikan cerita .. Aku sekeluarga dalam kereta aku yang dibeli tahun lepas tu .. nak keluar dari simpang taman perumahan aku menghala ke Putrajaya.

Kedudukan kereta aku tu , dalam gambar di sebelah kiri tu.. Nasib baik aku memandu perlahan sangat … Tiba-tiba , sebuah Mpv boleh muncul depan aku ! Face to face woooo !! Kalau aku laju skit je kan .. Hurmmm .. Aku rasa blog aku ni dah sunyi dah skang ni ..

Kawan , memandu elok elok laaa .. Kalau rasa nak pandu laju cepat mati , gi memandu kat taman perkuburan jer .. Tak de sapa mau susah punya lorr .. Mati kasi tanam saja lorr !

15 komen :

ZazaMyMoon berkata... [Reply to comment]

uiksss bodo apa org tu makan jalan sampai nak langgar kereta org lain?!!
lain kali tnya dia "woiii dah lama hidup ke?" hahaha mst dia hangen :-P

Shark Kay berkata... [Reply to comment]

jauh betul amik lajak tue..
bajet dh pakar ler tu amik corner awal.

permatabiru berkata... [Reply to comment]

a'ah boleh x nak cakap..kalau dah lama sgt hidup gie jauh2..jgn halang laluan kita...hehe

Masya berkata... [Reply to comment]

paling x suka bila drive jd mcm ni.. kt dah berhati².. tp org lain pulak yg sambil lewa... mujur abg ben sekeluarga tak pape...

saladinclothing berkata... [Reply to comment]

Harap je bawa MPV besar tapi pemikiran otak dia mungkin tak sebesar mana agaknya

husna yusof berkata... [Reply to comment]

haaaa kat area umah saya pun slalu cm tu abg ben,, die ingat nak main bumper car ape suke2 masuk lane org kan...

Akif Imtiyaz berkata... [Reply to comment]

Huhuhu teringat setahun yg lps camni la gayanya ..
Serupa tapi tak sama ..
Kita ngan kereta si PELIKSSS tu ngan Motosikal ..dah ler laju terpaksa pulak kita elak dia nasib baik takder kereta kenderaan lain kat belakang adusss ..Mintak jauh la tak nak dah berlaku camnie..

Khairul Bariah berkata... [Reply to comment]

org bersopan santun tak semestinya bersopan di jln raya...
tu tu...dh terbukti tak bersopan, masuk line org pe hal? harap keta je besa ek? keh keh keh

Farah Waheda Wahid berkata... [Reply to comment]

allahuakbar nasib baik tak jadi apa2...

Ahmad Zu Mal Md Rayi berkata... [Reply to comment]

Pentingkan diri betul orang tu...

Intan Saffyna berkata... [Reply to comment]

hi,singgah follow blog ni:)
boleh support saya yang baru dalam blog tahun 2014 :)

Syed Alwi berkata... [Reply to comment]

Manusia Ni msti pakai lesen bayar nih..kikiki... Alhamdulillah.. nsb baik abam ben xde ape

Syed Alwi berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah... nasib baik xde ape2

Ayie MediaNetworkMalaysia berkata... [Reply to comment]

bulan lepas aku kena langgar mcm ni la ... kereta kancil turbo. bdk muda melayu. nak ikutkan amarah aku. mmg rasa nak ayun dulu tangan, tapi apabila dimulai dgn minta maaf dan ada beri salam.. owh terus hilang marah aku tu. last2 dia bayar semua RM500 ..

apa2pun pesanan kpd diriku, biar kita keluar awal utk ke tmpt kerja atau ke mana2 jua. Jika lambat, jgn jadikan org lain mangsa keadaan

MissNadia berkata... [Reply to comment]

tak patut..macam mana la dapat lesen kalau memandu masuk lane org lain

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI