Mencuci mata menambah dosa di pagi hari ..

" Abang , gi tolong belikan nasi kerabu utk Qhaliff.. ".

Hurmm .. Ok gak.. Lama tak gi beli makanan kat atas tu.. Sedap sedap dan layanan tip top..Cumaaaa .. hurmm .. Hurmmm... Apakah ??

Aku amik kunci dan hidupkan enjin.. Qhaliff masih tidur. Hehehe.. Kalau tak , pasti menjerit nak ikut .. Lalalalaa.. Leh rileks skit memilih apa nak beli..

Sampai kedai tu .. Tengok ramai lelaki dok menunggu .. 

" Wowwww.. lelaki ajaaa .. Biasa kalau lelaki penuh tu , kedai mamak je.. Ni ?? Huhu... ".

Yg urus kedai ketika tu , sorang budak lelaki.. Dia ni , ok bg aku.. Tak de la jenis nak mengeluh .. Rajin.. Kemudian datang sorang lagi .. Anak dara.. Pakaiannya ?? Aku rasa Spiderman pon kalah laa..Terbonjol sana sini .. 

" Takkan la lelaki penuh kat kedai ni , sebab ni ?? Ke diorg pon trrima arahan dari wife diorang suruh datang sini gak ?? Heee.. Laku gini haaa.. ".

Aku mintak nasi berlauk utk wife . Nasi kerabu utk Qhaliff .. Tak nak ada cili tapi aku terlupa nak cakap sebab 'gangguan' jin di mata aku.. 

Aku order satu lagi , nasi kerabu .. utk Qhaliff.. Tapi masih terlupa nk bgtau tak nak cili.. Hahahaha.. kuat sungguh laaa gangguan .. 

Cukuplaaaa.. kang abis duit beli nasi kerabu jer .. hahaha.. Aku bayar dan beredar.. Lain kali , beli nasi lemak je kat kedai mamak.. Diorg nak wat 'tiger show' kat situu sekali pon , tidak mendatangkan dosa utk aku.. hahahaha..

9 ulasan:

  1. itulah kan...manusia ni salah gunakan kecantikan dan klebihan yang Allah bagi...hikhikhik...

    BalasPadam
  2. mmg x dinafikan... suami sy selalu je cakp... nak ajejln tutup mata..

    BalasPadam
  3. Haih. Kesian. hihi. Asalkan kita sendiri tahu nak jaga pandangan, In Sha Allah boleh je kot nak elak. haha smoga perempuan tu dpt hidayah. Amin.

    BalasPadam
  4. matlamat dlm menghalalkn cara... sudah tiada originalitinya bila kita highlight diri kita bukan servis atau produk yg kita nak jual... :)

    BalasPadam
  5. Aahhhh...marketing power punya tu...guna aset semulajadi...x yah masuk kelas doktor azizan yang ribu2 ponnn...hahahaha

    BalasPadam
  6. dah depan mata....tertengok tak pa...tapi sekali jelah...elok sangatlah En Ben blah cepat2 dari situ

    BalasPadam
  7. itulah kuasa superwoman... bhaahaaa.. tak payah nak pelaris bagai

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009