Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 20 April 2014

Penyibukkah kita ??

 

Dulu kan , aku cukup tensen bila ada eksiden di jalan raya ! Memasing la nak cuci mata tengok apa yang berlaku .. Nak lagi best , siap ada yang amik nombor plet kereta .. Nak ‘tikam’ ! Huhu… Tak ingat dosa dah part ni .. taubat je la bila dah tua ..  Er , bukan aku yer ..

Tapi satu hari tu , aku tertengok la satu kemalangan tu.. rupa rupanya , kawan aku sendiri terlibat ! Haaa .. Nasib baik aku tengok .. Kalau tak ? Aku pon berentikan kereta dan gi la tolong mana yang patut ..

Dalam perjalanan balik tadi dari Damansara , hujan lebat ! Yang berani nak memecut , silakan.. Tapi aku , tak berani ! Pernah terlibat dalam kemalangan yg mana orang belakang bantai kereta aku , dalam hujan lebat ! Dentuman yang kecik tapi bagi impak yang besar !

Dan lebuhraya KLIA tu , kereta mula perlahan .. Aku syak ada eksidenn dah tu.. Handphone HTC yang aku mmg letak di car holder tu , memang dipasang GPS dan juga standby untuk camera .. Macam macam ada atas jalan raya ni wooo ..

Hurmm .. 2 kejadian dalam masa sejam ..

4 bijik kereta berdentum .. Aku bersyukur laa memandu dalam keadaan perlahan dan ikut peraturan … Tak berani woooo nak memecut ..

Dan satu lagi , kilang sarung tangan getah di Bandar Baru Salak Tinggi terbakar .. rasanya dari pagi tadi hingga ke petang waktu aku balik tu , api masih marak ..

Bayangkan kalau rakyat Malaysia tak amik kisah apa yang berlaku di kiri kanan mereka ?  Tapi janganlah sampai menyusahkan pengguna lain kan ? Cam nak parking ikut suka mak pak diorang jer semata mata nak gi tengok dan berbual kat situ sambil makan keropok lekor ! Huh !!!!

2 komen :

nyanyisunyi berkata... [Reply to comment]

hairan juga mengapa tiba2 cuaca mendung..rupa2nya kesan dari asap kilang Wrap yg terbakar..Dari rumah akak jelas nampak asap yg berkepul2..

Abhamz SSU berkata... [Reply to comment]

biarlah kita beringat-ingat ketika memandu...biar lambat asalkan selamat...laju macammana pun tak lah cepat manapun sampainya.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI