Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 11 April 2014

Tanda–tanda si isteri nak bersalin !

 

Mana nak ingat aku ! Bukan ada 4 bini haaa .. Yang pengalaman Qhaliff pon , tak ingat sangat.. Nak kena belek balik entri lama .. Tu pon keluar ikut tingkap..  Besar weh Qhaliff masa tu .. 4 kilo lebih ..

Yang ni , wife nak normal katanya .. Tapi dalam pemerhatian .. Sebarang tanda , kena cepat gi hospital Putrajaya .. Haaa .. Tu pasal aku dok berpeluh je ni .. Kena alert ..

Tapi , apakah tanda tanda yang wife nak bersalin ? Takkan dia jerit nak beranak je aku dah terus antar gi hospital ?  Huhuh … Dengan Qhaliff lagi nak usung .. Perghhh …

Jadi , aku google … Cari jawapannya.. Biasanya aku akan rujuk pada BabyCenter.com dari dulu lagi .. hehehe ..

Bagaimana saya tahu saya sudah hendak bersalin?

Simpton mahu bersalin adalah berbeza untuk setiap wanita dan menentukan titik mulanya adalah mustahil. Ia merupakan satu proses iaitu apabila beberapa perubahan dalam badan anda bekerjasama untuk membantu kelahiran bayi.
Dalam peringkat awal kelahiran, yang juga dipanggil fasa terpendam, anda mungkin rasa perkara-perkara berikut:

  • Sakit yang teruk pada bahagian bawah belakang atau pada bahagian abdomen, selalunya disertai oleh rasa kejang seolah-olah senggugut.
  • Anda boleh lihat sedikit darah (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah). Jika ia melepasi penyekat mukus yang menyekat serviks, anda berada di ambang pelahiran atau mungkin dalam masa beberapa hari lagi. Ia adalah tanda yang proses kelahiran sedang berlaku.
  • Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan kerap, dan menjadi lebih lama dan lebih sakit.
  • Air ketuban anda pecah tetapi proses kelahiran hanya berlaku jika disertai dengan kontraksi yang membuka serviks anda.


Bagaimana anda rasa dalam peringkat awal kelahiran bergantung kepada:

  • samada anda pernah bersalin sebelum ini;
  • bagaimana anda melihat dan bertindak balas terhadap kesakitan;
  • bagaimana persediaan anda untuk menghadapi kelahiran.


Selebihnya leh rujuk kat SINI ..  Bakal bakal ayah , jgn pandang ringan yer ..

7 komen :

DYatie berkata... [Reply to comment]

Hehehe. Saya sendiri pun tak berapa ingat abg ben. Apatah lagi suami. Kan? Tp husband sy xd dgn sy ms nak bersalin. So dia mg tak berpengalaman depan2. =P

Dkna Abza berkata... [Reply to comment]

dup dap dup dap rasanya...huhuu :p

Azura Aziz berkata... [Reply to comment]

semoga semuanya selamat abg ben ;)

Yana Libra berkata... [Reply to comment]

bakal2 ayah dengan first time mummy mmg kena byk wat research..huhu~

Ayumieka berkata... [Reply to comment]

saya dulu, sebab sakit pinggang yang sangat2 je dah diorang (husband n mak mertua)hantar ke hospital. tapi xbersalin jgk hari yang sama... dapat la semalam kat hospital sebelum bersalin...

Zuraida Rahim berkata... [Reply to comment]

Bagusnya kalau suami ambil tahu hal begini kan?

Secawan Teh.... berkata... [Reply to comment]

Pergerakan Bayi dalam kandungan semakin kerap. Lagi nk Dekat, lg kerap pergerakannya. Tu Ada check CTG kat hospital. Movement of baby can measure by CTG

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI