Bila Qhaliff kesakitan nak buang air kecil !

by - Ahad, Ogos 04, 2019


Kenali perangai anak kita !

Terima mesej dari wife . Katanya Qhaliff menangis ketika nak buang air kecil. Waktu tu wife yang jemput Qhaliff di sekolah dan aku ada kerja di luar. Aku cadang nak bawa dia ke klinik malamnya tu.  Risau jika melarat pulak. 

Petang tu aku jemput Qhaliff di pejabat ibunya. Dia kelihatan seperti biasa. Tiada apa yang berlaku. Lasak bermain. Ketika aku mandikan dia, aku suruh dia buang air kecil. Aku nak tengok reaksi dia. Dia tak nak. Sakit katanya. Hurm.. aku pelik sebenarnya..

" Qhaliff... sapa sepak Qhaliff ? " serkap aku. Kenal sangat aku dengan perangai dia yang suka bergurau ala ala superhero. Terkesan dari cerita cerita dia tengok. Yer , aku dulu pun gitu. Cuma dia ni suka lakukan pada orang yang rapat dengan dia jer seperti sepupu sepupu dia. Yang dia baru kenal , dia takkan buat. Masalahnya , sepupu sepupu dia tu , besar besar dan tua darinya. Huhuh.. 

Muka dia kelihatan sedikit cuak. 

Kemudian baru dia bercerita perkara yang sebenarnya. Dan aku ketika tu , kehilangan sabar ! Automatik ! Setiap kali sebelum aku turunkan dia dari kereta ketika menghantar dia ke sekolah , aku bagi nasihat padanya.. 

" Jangan sentuh kawan. Jangan pukul kawan walaupun bergurau ! Nanti orang pukul Qhaliff !! " nasihat aku padanya. Yer , dia paham. Dan dia tak buat pun untuk hari tersebut.  Tapi hari berlakunya kejadian tu , yang hantar dia ialah mak dia. 

Dia terlupa. Katanya berlaku di surau. Dia saja nak bergurau dengan kawannya dan kawannya kasi satu sepakan tepat di celah kangkangnya ! Yer , aku tak salahkan kawan dia tu. Maka Qhaliff menanggung risikonya ! Aku kasi sedikit lagi pengajaran supaya dia sedar dan belajar ! Biarlah..sekarang ! Jangan kemudian hari baru nak belajar ! 

Cuma sedikit bengkak jer. Malam tu wife demah dengan ais. Bengkak tu surut dan dia dah boleh buang air kecil tanpa rasa sakit dah.. 

" Nak bergurau lagi tak ? " tanya aku pada dia.

" Tak nak dah ! " jawab dia. 

" Lain kali.. bila daddy nasihat , dengar dan ingat ! Tak kira lelaki atau perempuan , jangan sentuh ! Cakap je guna mulut. " bebel aku dah bermula. 

" Yer..' jawab dia. 

You May Also Like

5 comments

  1. pun pesan jugak kat anak2 camtu ...kat sekolah jgn sampai kena buli dan jangan jadi pembuli ...

    BalasPadam
  2. Kdg2 risau juga masa diorg di sekolah. Mmg kena selalu tanya dan pesan jaga diri

    BalasPadam
  3. Nasib takde pape jadi....
    Bebudak tengah lasak.... Kadang kasar....

    BalasPadam
  4. Bukan kata budak besar Qhaliff ja kena pesan mcm tu...anak2 Eirna yg thn 3 4 ni pun sentiasa bebel pasal tu....

    BalasPadam
  5. sabar je la.. anak2 melawak kadang kita risau

    BalasPadam