Netflix atau iflix ?



Baru tamatkan langganan Netflix. Dan melanggan iflix ! Kenapa ? Hehehe.. Netflix sebulan , RM50 manakala iflix cuma RM9. Tak kisah la cerita lama atau baru tapi yang penting , tv tu menyala dan anak anak tak boring di hujung minggu. Hari biasa , memang payah nak tengok tv pun.. Hee..

Dan movie Netflix baru baru ni banyak pulak dok promo LGBT yang mana aku rasa tak sesuai la untuk ditonton. Iflix setakat ni aku tengok , movie movie dia bertapis la gak. Tak tau la kot ada yang aku terlepas pandang. Risau anak anak tertonton sama. 

Bagusnya...banyak cerita lama di iflix yang mana aku tak pernah tonton pon selama ni. Boleh la layan buat menghilangkan boring kekadang tu. Memandangkan aku punya data untuk tontont video sebanyak 100 GB , maka ok je layan kan ? Hee..

ASTRO ? Dah tamatkan dah ! Bulan ni last. Bosan !! Asyik problem jer . Bila panggil maintenance , kena bayar RM60. Baik tak payahhhh ! Tunggu boleh layan rangkaian lain secara percuma jer nanti. Heeee..Kena berjimat cermat dah ni.. 

3 ulasan:

  1. timm pun xpkai dah astro2 ni..pkai njoi jer..sbb kdg2 tak tgk tv sgt pun..

    BalasPadam
  2. iflix asyik dapat voucher code dari celcom..dan siap ada data percuma celcom kasi, tapi tak pernah tengok lak..hahaha

    BalasPadam
  3. aku semua tu tak ada.. hahaha.. tak der masa nak tgk. plg byk tgk movie masa atas flight la stkt ni

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.