Perempuan dan 'sentimental value' mereka!


Stroller tu.. Yang kedua untuk Zahra. Mahal tapi aku dapat tajaan dari MotherCare ketika tu. Harga  hampir RM3K ketika tu jika aku tak silap. Nak beli sendiri  memang tak mampu la. Bukan dari golongan berada pun aku ni haaaa..

Sewaktu Qhaliff dan Zahra dah tidak lagi gunakan, pernah seketika tu aku nak berikan pada kawan aku yang ada anak kecil. Aku jenis tak suka tengok barang yang berguna tapi disimpan begitu sana. 
Tapi wife tak benarkan. Katanya ada nilai sentimental untuk dia. Yelah  lahir dan besarkan anak anak dan ini antara kenangan yang ada. Ke sana sini bersama stroller tu. Memang sapa pun akan teringat punya.



Aku faham. Tapi kalau simpan je gini pun,, akhirnya berdebu.. Kotor. Dah rugi gitu kan. Tersadai depan rumah gitu jer !  Kalau bagi orang guna , kan dah dapat pahala gitu.. Hehehe.. Aku memang jenis gitu. Kalau boleh , semua barang barang aku kasi orang. Begitu juga dengan beberapa handphone Sony aku. Dah diberi pada yang lebih memerlukan. Nak simpan , buat apa ? Memang la orang kata boleh buat duit di kemudian hari tapi bagi aku.. duit bukanlah segala galanya ! 

Tapi aku tak salahkan sikap wife aku tu. Bukan dia jer macam tu. Ramai lagi perempuan macam dia. Aku yakin. Sayang pada sesuatu barangan yang punya nilai nilai keperibadian buat dia. Nak kata apa kan ? Mereka yang 'membawa' dan melahirkan. Mesti la rasa sayang.. kan ? 

5 ulasan:

  1. Hehehee... ye kot perempuan memang macam tu.
    Tapi bila dah meningkat usia macam Mrs. A dah lain sikit tak fikir sangat dah sentimental value kalau boleh memang banyak benda nak let go aje selain dari menjimatkan ruang bila tak dipedulikan memang mereput begitu sahaja.

    BalasPadam
  2. betul tu, ada nilai sentimental value, tapi un lebih rela bagi org daripada rosak. sbb un dah tak guna kannya lagi

    BalasPadam
  3. kalau aku... aku bagi je kt org.. lagi2 kalau rasa belum nak tambah anak lagi... haha tp lebih baik bagi kat adik beradik yg memerlukn.. mana tau kalau aku pregnant lagi boleh pinjam balik barangnya.. haha tu pun kalau elok lagi la... renyah pulak aku nak nyimpan2 ni...

    BalasPadam
  4. sentimental value 1 sebab. lg satu sebabnya wife u ada planning nk tambah ank lg la tu

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.