Terliur tengok mee segera !


Fuh.... bila masuk Tesco atau pasaraya yang seangkatan dengannya , satu tika dulu... mee segera begini confirm akan masuk ke dalam troli punya ! Paling sikit 2 bungkus besar tu. Paling banyak.. er , seingat aku 4 gitu la. Pelbagai perisa ! Lalalaaa..

Tapi tidak lagi sekarang ! Haaa , wife tak nak ada mee segera di rumah. Segalanya untuk elakkan anak anak tertarik dengan makanan yang tidak berkhasiat gitu ! Huhuh.. Yeke takda khasiat ? Hahaha.. Entah la tapi yang pastinya , ianya dah memberi kesan buruk pada aku yang mana satu tika dulu , aku tak kisah sama sekali ! 

Satu kajian yang diterbitkan oleh Universiti Baylor dan Harvard dalam Journal of Nutrition mendapati amalan memakan mi segera meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok. Manakala di Korea Selatan, Pentadbiran Makanan dan Dadah Korea (KFDA) menemui bahan penyebab kanser yang dikenali sebagai Nong Shim pada 2012. Penemuan ini membawa kepada penarikan semula produk yang besar di dalam dan di luar negara.

Hurm... aku makan je bila travel atau bila terliur ! Tapi tidak dah seperti dulu. Dan di rumah aku , dilarang sama sekali ada makanan segera begini. Wife tak benarkan ! Huhuh.. Makanya , makan je apa yang dia masak atau kalau teringin sangat , gi makan kat luar ! Heee.. Jangan depan anak anak. Nanti diorang nak. 

Sedikit perkongsian : 

" Tahukah anda ? Di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan.Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.

Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus. "

4 ulasan:

  1. Hai. Sama la dgn saya. Mama haramkan maggi dan seangkatan dengannya berada dalam rumah. Sebab adik nak SPM nanti. Last makan pun sebelum habis study bulan Jun lepas hehe :)

    BalasPadam
  2. ada meggi kt umah tapi jrng makan..klu ank nak pun bg sikit je

    BalasPadam
  3. ada juga stok utuk terdesakk ...hahahaha

    BalasPadam
  4. 5 tahun dah tak makan maggie.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.