Aku cukup takut bila Aariz demam !

by - Jumaat, April 21, 2017

Tiba-tiba badan dia panas semacam ! Wife kerja. Ada meeting penting lak. Aku tenangkan diri. Mandikan dia , bagi susu dan tidurkan dia. Masa tidur , dia dok meracau kekadang.. Aku bagitau wife. Dia sendiri pun bila Aariz demam , aku kena ada gak sebab kena gilir gilir dukung ! Aariz bila demam , manja sangat.. Nak didukung jer.. tak nak berenggang.
Lepas lunch , wife balik. Amik half day. Terpaksa. Aku tak boleh uruskan Aariz sorang sorang. Penat nak dukung dia. Tak nak diletakkan langsung. Huhu.. Dia tu , bukan ringan woo.. Berat gak.  Lenguh lengan dukung dia terutama bila masa dia tak sihat.. hurm.. Dan dia takkan nak senyum sama sekali ! Masam je mukaaa.. memang sah la dia demam ! 
 Aku check badan dia. Naik ruam ruam merah di belakang badan dan kepala tanda kepanasan dalam badan. Hurmm.. kena bawak gi klinik gini. Tak lama kemudian wife balik. Dia amik alih. Aku 'berehat' jap. Plan malam gi klinik sebab petang dah gelap tanda hujan akan turun pada bila bila masa. Tak nak terperangkap dalam jammed nanti.
Tiba-tiba wife bagitau aku dan aku pon terasa gitu gak.. Aariz ni , kalau tak keluar gi mana mana dalam 3-4 hari , dia leh demam ! Maksudnya , camana pun dalam 3-4 hari tu , dia wajib kena gi shopping mall atau jenjalan. Dia boring duduk rumah ! Rasanyaa laa.. 
Dan malam tiba.. lepas Maghrib..bersiap ! Keluar gi Ayer@8 , Putrajaya. Plan nak gi Klinik Azalea dulu baru gi makan. Tapi plan berubah bila berada dalam kereta. Demam Aariz mula reda ! Hurmm... biar betul ? 
Terus ke Restoran Balqish  untuk makan malam. Wife dah kebuluran. Pastu tengok keadaan Aariz camana sebab dia dah mula tenang dan relaks ! Huhuhhu.. Tak nangis nangis dah dan mata tenang melihat dunia ! 

Balik rumah je la.. Aariz dah tak panas. Dan sampai di rumah , aku terus gi mandi dan solat Isya'. Tiba-tiba wife antar gambar.. Hurmmm... 
" Aariz dah senyum." 
Selesai solat , aku gi check suhu badan dia.. Dan.. 'Hijau' dah ! Sebelum keluar tadi , 'Merah' jer ! Hurmm..takkan sebab dapat tengok dunia terus hilang demam ? Nampaknya pasni , dalam hari Rabu atau Khamis setiap minggu kena keluar jenjalan la jawabnya ! Huhuhu.. 
Tak kisah la.. Asalkan dia sihat ! Alhamdulillah.. Ni semua salah mak dia ! Banyak berjalan ke shopping mall masa mengandung ! Psstt.. pastikan isteri korang yang mengandung tu, jangan merayau kat mall sangat ! Suh je duduk rumah.. hahahaha...

You May Also Like

2 comments

  1. Part last tu fakta ke auta abg Ben..hehehe..tapi tak mustahil kerana didikan bermula dari dalam kandungan ibu lagi..madrasah paling awal anak tuntut ilmu..begitulah kesimpulan yang lazim dibuat orang tua-tua..asal Aariz sihat.,alhamdulillah :)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, mudahla kalau dah tau penawarnya. Macam best je termometer tu.

    BalasPadam