Perlukah aku mengadu atau mencari anak siapa yang lakukan itu ?

by - Khamis, Mei 16, 2019


" Daddy , cuba tengok kaki Qhaliff ni. ". Dia tunjuk kepala lutut dia pada aku selepas buka seluarnya. Aku pandang. Tak nampak apa apa sebab tak pakai cermin mata tapi aku saja serkap jarang..

" Kenapa tu ? ". Tanya aku.

" Qhaliff jatuh. Ada orang tolak. ". Jawabnya senyum.

Aku tersentak. Aku cukup risau bila berlaku benda benda begini. Teringat seorang seorang kenalan aku yang mana anaknya mendapat kemalangan dek kerana kecuaian pelajar lain yang mana menyebabkan dahinya luka.. kena jahit ok !! 

" Sapa tolak ? Kenapa dia tolak ? Qhaliff berlari kat sekolah ke ? " Tanya aku bertalu talu.

Dia sebut nama kawannya. Katanya lagi , dia berlari anak anak tapi kawan dia tu tertolak dia jatuh. Bukan sengaja pun , katanya. Pertahan kawannya. Aku percaya katanya tapi bahagian dia berlari tu yang aku bebelkan. 

" Kan dah daddy kata jangan berlari di kawasan sekolah. Bahaya. Kenapa lari jugak ? ".

" Qhaliff lari perlahan lahan jer.Dia tak sengaja. ". Jawabnya.

Kalau ikut rasa geram aku , nak je aku post dalam group whatsapp. Tapi bagi aku , itu tindakan tidak matang sama sekali. Akan memeningkan cikgu pulak. Kesian. Apa yang boleh aku buat , nasihat lagi dan lagi. Budak budak. Mana nak paham sehinggalah mereka 'merasainya'. Baru tau ketika tu. Selagi tak kena... hurmm..

Aku bagi gambar tu pada wife. Haahaa.. Seperti yang aku jangka tapi dia cool selepas aku bagi penjelasan. Dan persoalannya , nak jahit atau beli baru ? Jahit , aku kena jahit. Beli baru , aku gak kena belikan. Takda beza. Hahahaha..

You May Also Like

7 comments

  1. Bila tak ada beza beli dengan jahit tu yang lucu.Moga tidak berulang lagilah.Zaman dulu dah ada kes-kes macam ni..tapi zaman sekarang lebih menakutkan..budak 5 tahun pun dah pandai membuli.

    BalasPadam
  2. haha,takpelah.Belajar lah aben menjahit.

    BalasPadam
  3. aben pandai jahit? hahaha.. klu obvious, mmg kena beli baru.. sy tiap2 hari si Ariq ni cakap ada sorg girl tolak dia. girl tu mmg kasar sket. mmg rasa nak ngadu, tp fikir dorg ni smua spesel, x jadi nk ngadu.. tp kes hannah kena buli dlu, mmg sy ngadu jgk..

    BalasPadam
  4. siannya Qhaliff...kes alat tulis hilang dah ok ke?..seluar tu Daddy jahit je.
    hehehe

    BalasPadam
  5. Jahit lagi murah. I hantar ke kedai jahit biasa biasa tu dia tampal lubang tu & jahit. Kalau beli baru berkali ganda mahai.

    BalasPadam
  6. jahit diy. jd corak. tp, dah xjadik seluar sekolah la.. he3..

    BalasPadam