" Zahra ada daddy. Aariz ada ibu. Qhaliff takda sapa sapa ! "

by - Ahad, Mei 26, 2019

Luahan si Qhaliff pada ibunya. Bila dipeluk , mengalir airmatanya. Cerita si wife dalam kereta malam tadi sewaktu pulang dari berbuka puasa di Cafe Cerita Kambing. Qhaliff tak ikut sama pulang. Dia ikut sepupu dia . Nak tidur sana katanya. Aku benarkan , buat pertama kali walaupun berat hati ini nak lepas pergi. Hurmm.. 

Sayu hati bila mendengarnya. Apakah dia tak tau sebenarnya dia yang paling dilebihkan antara dia dan adik adiknya ? Cuma apa yang berlaku adalah untuk mendidiknya untuk menjadi 'lebih abang' kepada adik adiknya dan belajar beralah. 

Nak diikutkan sebenarnya yang patut lebih terasa adalah Zahra. Dialah yang sebenarnya kurang dimanjakan sebab diusia dia 2 tahun , dah ada adik baru. Tak sempat nak bermanja abis abiskan malah dia putus susu lebih awal berbanding Qhaliff ! Hurmm.. Zahra sedar dan dia berusaha untuk mendapatkan perhatian dari ibu bapa dia. Huhuhu.. Daddy yang stress ! 


Aku berusaha untuk berlaku adil. Hinggakan si wife pun terasa dipinggirkan ! Adeh.. Jangan kata dia, aku sendiri pun terasa diri sendiri dipinggirkan ! Tak sempat nak manjakan diri sendiri wehhh ! Kerja tanpa henti. Kuku kaki pun pun tak sempat nak jengok !! Haaa.. Apa citer ? Nasib baik.... haa.. yang tu tak yah citer ! Sendiri maklum dah. Heee..

Qhaliff tak sedar... pergi ke sekolah , dihantar. Baliknya dijemput. Daddy tunggu depan kelas lagi kadang kadang. Haaa... Semata mata tak nak dia terasa dipinggirkan. Tapi apakan daya.. budak kan ! Belum bijak berfikir lagi. Daddy kena banyak bersabar. 

Nak dibandingkan dengan Zahra... sekolahnya sampai kul 4 petang setiap hari. Kadang kadang aku gi jemput kul 2 petang. Dalam kereta dah , lena tidur gara gara penat sangat. Qhaliff, jam 12 dah diambil pulang ! Tak perlu tunggu lama pun. 

Entah la.. Kadang kadang rasa cam nak menikah je lagi. Eh.... apa kaitan ???

You May Also Like

6 comments

  1. Alaa sayu hati... Dia kan sulong. Dah ada adik maybe dia rasa rasa dia dh xpenting kot.

    BalasPadam
  2. Alahai.... Pandai terasa dah dia...

    BalasPadam
  3. Anak pertama sering punya rasa macamni (tetiba sebak pulak hati ni ) benda maq pernah alami dan anak sulong maq jugak. Cuba jadikan anak sulong sebagai kawan. Tempat kita mengadu masalah. Contohnya cerita pasal masalah adik adik dia ,masalah ibu dia ,masalah kita. Tanya apa pendapat dia. Lepastu terimalah sedikit pandangan( idea) dari dia.. Nanti lama lama dia akan paham situasi tu. Dan nanti dia akan redha pada semua keadaan sbb dia dah terbiasa..inshaallah..

    BalasPadam
  4. Qhaliff abang kan..tu yang rasa macm tu...tapi zahra mmg comel perangai dia...nmpak matang dah...

    BalasPadam
  5. Alahai sedihnya.Dilema ber"adik-beradik"..anak tunggal pun ada dilema juga..sebenarnya ini baru permulaan..nanti semakin dewasa..isu sentiasa ada..proses untuk lebih memahami.Ibu bapa sentiasa berusaha mahu berlaku adil..namun setiap anak-anak itu ada istimewanya masing-masing..itu yang kadang terberat sikit dengan yang ni..teringan sikit dengan yang itu..lumrah.InshaAllah nanti Qhaliff faham..

    BalasPadam
  6. adoiii mula nak sedih dah..tapi bila baca ayat penghujung tu memang saja daddy cari nahas tuuu...

    BalasPadam