15 hari meninggalkan keluarga !

by - Sabtu, Disember 03, 2022

"Boleh gi tak bang ?" tanya wife.

Hurm... tak kasi, melampaulah aku. Ni pulak kali pertama dia dapat tawaran untuk ke luar negara. Sebelum ni , paling jauh pun ke Thailand dan Indonesia. Tambahan pula , nak masuk musim sejuk. Memang best la ke London tu. 

Demi profesion dia. Kerjaya. Dah berbelas tahun berkhidmat untuk negara , rasanya dia layak la untuk aku berikan keizinan. Sian pulak kalau tak kasi. Aku tahu dia pun nak pergi walaupun dia keberatan untuk meninggalkan keluarga. Aku sendiri pun pernah merasai detik tu. Seronok tapi sedih pun ada.

Aku berikan keizinan. Apa pilihan yang aku ada ? Demi masa depan dia. Sementara dia larat dan mampu.. pergilah ! Dia sendiri berkali kali benarkan aku ke luar negara.. takkan aku tak boleh kasi lak ? Kan kan ?

Hari berganti hari.. masa silih berganti. Tiba masanya. Lagi 48 jam dia akan berangkat pergi. Macam Macam dia buat untuk disimpan dalam peti ais. Stok simpanan makanan untuk aku dan anak anak walaupun boleh je aku gi beli di kedai makan tapi yelah.. mana tau ada yang rindukan masakan ibunya.. Eceh.. 

Barang barang dah siap dibeli. Demi menjimatkan duit , beberapa makanan READY TO EAT dibawa. Begitu juga dengan barangan mandian. Aku bekalkan dia gel mandian Azyma Care. Aku tau dia cerewet bab ni. Kang kat sana baru nak beli... leceh lak. Merayau sorang sorang kat sana. Kalau ada kawan dah , ok la. Tu pun kena berhati hati. 




Suhu.. sangat sejuk. Sedangkan tidur malam di rumah pun berselimut abis.. Aircond pulak dalam suhu 27-29 darjah celcius. Dah sejuk abis katanya. Dan yang merisaukan aku jika dia dapat selsema. Hurm... salji bakal turun lak tu. Adeh la.. Macam macam ubat dia beli dan aku turut bekalkan. Macam lak kat sana takda ubat , ye dak ? Hahahaa... Selagi boleh jimat.. jimat ! 

Maka tinggalkan aku dengan anak anak yang berbaki seminggu lagi persekolahan. Cuti sekolah , nganga rumah la masing masing. Ingatkan nak sunatkan si Qhaliff tapi nampaknya kena tangguh dulu. Kasi mak dia balik dulu , baru boleh rancang semula. 

Tak perlu risaukan kami. Ada banyak plan dalam kepala ni. Anak anak pun dah besar cuma masing masing melasak je. Diorang pun baru sembuh dari selsema batuk. InshaAllah , antibodi kuat buat sementara ni. 



Jaga diri ! Luv u...

You May Also Like

2 comments

  1. alhamdulillah bagus bila ada tolak ansur. isteri mana tak risau nak tinggalkan anak-anak..semoga dipermudahkan segala urusan..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah moga dipermudahkan urusan isteri Ben sepanjang kat sana dan urusan Ben dan anak anak kat Malaysia ..

    BalasPadam