Pasangan mengamuk di perkarangan JPM ,Putrajaya..

by - Isnin, Julai 09, 2012

 

“ PUTRAJAYA 9 Jun - Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini kecoh apabila seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai.

Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.

Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.

Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.

Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.

Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali. – UTUSAN “

 

Maklumat pertama aku dapat  dari rakan WhatsApp .. Kemudian dia bagi link dan membawa aku ke artikal berita kat atas tu haa .. Teringat wife yg sedang meeting di JPM ..

 

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/603376_3881159720247_2074821564_n.jpg

Sumber gambar : Sini

 

Sepasang suami isteri mengamuk di JPM

Sumber gambar : Cari Malay Forum

Sms dari wife aku ..

Ader kes tembak menembak kat JPM .. Semua orang  nak masuk JPM xblh .. katanya ada orang mengamuk .. takutnya .. x tau blh keluar ker x .. dahla kereta parking kat luar .. “.

Hurmm … Semoga Allah lindungi semua orang di sana  ..

You May Also Like

27 comments

  1. bahaya nya yer.. baru kes politik.. dah ada yang mengamuk sakan.. takut juga..

    BalasPadam
  2. betol ke ni abang ben?? mak aih! ngerinya.. :(

    BalasPadam
  3. mujur dua orangje yang macamni, kalau beribu orang? Salah siapa? kenapa? takda orang tak puas hati tak bersebab, tapi janganlah buat cara macamni.. nila setitik rosak susu sebelanga

    BalasPadam
  4. relax jerk dh kene tembak .. aduhh

    BalasPadam
  5. sasa ke brader tu? flabby je aku tengok. Ap jadah nak guling kerajaan bawak parang? Dia ingat ni Mesir ke?

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  8. i was at blok b..mujur tak keluar ms tu..

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. sebelah opis nie jer... taksub sangat..kan dah dapat padah!!

    BalasPadam
  11. kenapalah begini jadi akhirnya...kenapa nyawa jadi taruhan kepada jiwa yang memberontak...

    BalasPadam
  12. astaghfirullahal'azim....apa la yang tak puas hati sangat smp jadi mcm tu.dari kecil sampai tua macam tu apa lagi agaknya yang dia tak dapat....Allahuakbar...kalau sebab politik>>benarlah kata orang politik itu merosakkan.dalam erti kata lain...merosakkan minda orang melayu.....

    BalasPadam
  13. Ya Allah! Sampai macam tu sekali? Lepas tu dah kena tembak, orang jugak yang susah nak bawak ke spital bagai.. Tak tau bersyukur betul la orang macam ni..

    BalasPadam
  14. peristiwa amuk dikalangan orang melayu pernah dicerita dlm penglipulara dlm Sejarah Melayu.
    Kes ini juga teringat aku peristiwa Memali kat baling. Puncanya confirm
    sebab ketaksuban pada satu2 agenda
    yg tertentu. Tak kisah le jk dia nak
    taksub tp jgn le sampai menyusahkan dan membahayakan pihak ramai pulak dah le.

    BalasPadam
  15. that woman is wearing hijab,mengamuk lagi tu. -.- quite disappointed.

    BalasPadam
  16. patut la ambulan td siap ada eskot g.. haha.. pastu nak g pos ofis jpm diorang x bg masuk.. adehhh

    BalasPadam
  17. latest news..akhirnya..nyawa jadi galang gantinya...speechless!

    BalasPadam
  18. syukur laa ada orang bantu bawak pergi hospital kalau tak nangis guling guling la kau kat situ.. haha.. dah tua bangka pun akal takdak .. -,- jangan taksub sgt laa.. pikir panjang dulu sebelum buat.. kan dah malu ..

    BalasPadam
  19. punca belum diketahui .... belum tentu kerana politik.... jangan buat andaian....

    BalasPadam
  20. sy xrase sebab politik...tp more pd nak try ilmu kebal...lps tu boleh mengaku imam mahadi pulak...mmg sah2 org ni psiko...org normal xkan bt mcm tu...n yg pasti die ni terdorong dgn bisikan2 halus yg menyuruh dia bt sesuatu..

    BalasPadam
  21. Orang ni mmg ad masalah mental ni, cer tgk blog dier www.jayanegara1234.blogspot.com

    BalasPadam
  22. Org ni mmg ad mslh mental ni, cer tgk dier punya blog www.jayanegara1234.blogspot.com

    BalasPadam