Pasangan mengamuk di perkarangan JPM ,Putrajaya..
“ PUTRAJAYA 9 Jun - Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini kecoh apabila seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai.
Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.
Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.
Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.
Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.
Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.
Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali. – UTUSAN “
Maklumat pertama aku dapat dari rakan WhatsApp .. Kemudian dia bagi link dan membawa aku ke artikal berita kat atas tu haa .. Teringat wife yg sedang meeting di JPM ..
Sumber gambar : Sini
Sumber gambar : Cari Malay Forum
Sms dari wife aku ..
“ Ader kes tembak menembak kat JPM .. Semua orang nak masuk JPM xblh .. katanya ada orang mengamuk .. takutnya .. x tau blh keluar ker x .. dahla kereta parking kat luar .. “.
Hurmm … Semoga Allah lindungi semua orang di sana ..
27 comments
POLITIKUS!!
BalasPadambahaya nya yer.. baru kes politik.. dah ada yang mengamuk sakan.. takut juga..
BalasPadamscarry :(
BalasPadambetol ke ni abang ben?? mak aih! ngerinya.. :(
BalasPadammujur dua orangje yang macamni, kalau beribu orang? Salah siapa? kenapa? takda orang tak puas hati tak bersebab, tapi janganlah buat cara macamni.. nila setitik rosak susu sebelanga
BalasPadamPsycho la diorg ni!!
BalasPadamrelax jerk dh kene tembak .. aduhh
BalasPadamsasa ke brader tu? flabby je aku tengok. Ap jadah nak guling kerajaan bawak parang? Dia ingat ni Mesir ke?
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadami was at blok b..mujur tak keluar ms tu..
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamsebelah opis nie jer... taksub sangat..kan dah dapat padah!!
BalasPadamkenapalah begini jadi akhirnya...kenapa nyawa jadi taruhan kepada jiwa yang memberontak...
BalasPadamastaghfirullahal'azim....apa la yang tak puas hati sangat smp jadi mcm tu.dari kecil sampai tua macam tu apa lagi agaknya yang dia tak dapat....Allahuakbar...kalau sebab politik>>benarlah kata orang politik itu merosakkan.dalam erti kata lain...merosakkan minda orang melayu.....
BalasPadamcara yang salah...
BalasPadamYa Allah! Sampai macam tu sekali? Lepas tu dah kena tembak, orang jugak yang susah nak bawak ke spital bagai.. Tak tau bersyukur betul la orang macam ni..
BalasPadamperistiwa amuk dikalangan orang melayu pernah dicerita dlm penglipulara dlm Sejarah Melayu.
BalasPadamKes ini juga teringat aku peristiwa Memali kat baling. Puncanya confirm
sebab ketaksuban pada satu2 agenda
yg tertentu. Tak kisah le jk dia nak
taksub tp jgn le sampai menyusahkan dan membahayakan pihak ramai pulak dah le.
pelikla nak berlaku semua ni..
BalasPadamthat woman is wearing hijab,mengamuk lagi tu. -.- quite disappointed.
BalasPadampatut la ambulan td siap ada eskot g.. haha.. pastu nak g pos ofis jpm diorang x bg masuk.. adehhh
BalasPadamlatest news..akhirnya..nyawa jadi galang gantinya...speechless!
BalasPadamsyukur laa ada orang bantu bawak pergi hospital kalau tak nangis guling guling la kau kat situ.. haha.. dah tua bangka pun akal takdak .. -,- jangan taksub sgt laa.. pikir panjang dulu sebelum buat.. kan dah malu ..
BalasPadampunca belum diketahui .... belum tentu kerana politik.... jangan buat andaian....
BalasPadamsy xrase sebab politik...tp more pd nak try ilmu kebal...lps tu boleh mengaku imam mahadi pulak...mmg sah2 org ni psiko...org normal xkan bt mcm tu...n yg pasti die ni terdorong dgn bisikan2 halus yg menyuruh dia bt sesuatu..
BalasPadamOrang ni mmg ad masalah mental ni, cer tgk blog dier www.jayanegara1234.blogspot.com
BalasPadamOrg ni mmg ad mslh mental ni, cer tgk dier punya blog www.jayanegara1234.blogspot.com
BalasPadam