Rabu, 29 Mac 2017

Aduh, Aariz.. Kenapalah buat daddy terburai kain?


Aduh.. Nasib baik takda orang dalam rumah. Tak leh bayangkan kalau ada orang dgn situasi daddy yg kelam kabut dek kerana tahi yg dibuang tanpa kerelaanmu itu.. Ke memang rela nak buang? Patut tidur mu tidak lena.. 
Bayangkanlah.. Tengah aku lena, tiba tiba dia terjaga. Walhal dia dah kenyang sebab dah sarapan pagi. Dan biasanya dia akan tidur lena 3-4 jam lamanya tapi tadi, baru sejam dia jaga dah!! 
Rupanya abis tahi dia keluar dari pampers.. Kena kain buaian dan baju dia. Aku jadi kelam kabut laa.. Biasanya tahi dia skit je.. Ni meriah abis.. Terus dukung dia ke tandas. Dalam dok dukung.. kain pelikat aku terburai. All out bebeh!!! Harap takda cctv dalam rumah. Huhu.. Kalau ada, mesti wife bergegas balik umah punya.. Ecececeeee.. Bukan senang nak tgk daddy seksi gini.. Hahahha.. 
Aku cuci bersungguh sungguh dan mandikan dia terus. Sengih dia. Suka dapat mandi utk kali kedua.. Aku cuma mampu geleng kepala.. Sebab tu aku tak suka pakai kain pelikat.. Mudah terburai.. 

3 komen :

Shesyira As berkata... [Reply to comment]

kalau ada anak nanti mesti kelam kabut mcm tu jugak haha

siti sarah berkata... [Reply to comment]

Kenangan tak bole dilupakan tu...nanti dah besar bole cite balik kat anak 😅

Noor Maizan berkata... [Reply to comment]

Hahahaha kelakar la ...Aariz pula disalahkan, hahaha. lain kali abg ben kena pakai tali pinggang macam hero tamil pakai tu...

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI