Isnin, 6 Mac 2017

Cermin mata atau laptop ?

 

image

Aku ada dua cemin mata.. Satu Tag Huer. Dah patah aku terpijak ari tu. Katanya ada waranty seumur hidup tapi tak pasti la termasuk sekali part terpijak ni ? Hahahaha.. Kira halal je laa tu eh ?

Dan satu lagi.. Oakley ni.. Dalam gambar di atas. Aku sering guna gi gym dan jogging. Peluh telah mengakibatkan berlakunya karat pada bahagian tangkai. Ada getah yang dah rosak. Tak comey dahh.. Huhuh..

Tapi tu bukan penyebab aku nak guna cermin mata baru.. aku nak tukar sebab mata semakin kabur ! Aku ngadap handphone lama sangat kot ? Hurmm…

Guna je contact lens ? Aummm.. aku kalau guna , aku pakai warna purple gitu.. cerah cerah warnanya. Pasti Neelofa akan tergoda bila melihat anak mata ku nanti.. Aumm…

Huh.. mana boleh guna contact lens.. Masalah ‘power’ yang tinggi. Tak leh guna .. kalau nak guna gak , mahal woiiii ! Tak mampu gue ! Tu baru harganya.. belum ditambah dengan GST ! Haaa… pokai aku dibuatnya.

Dan aku juga perlukan laptop yang baru. Huhuh.. Laptop ni dah patah patah dan baterinya pon tak tahan lama. Kalau nak bawak gi travel , aku risau pegawai pemeriksa airport akan ketawa guling guling tengok laptop aku yang serupa macam dinasour ! Mana ada orang guna laptop besar di zaman GST ni ??? Huhuhuh..

Esok nak gi Low Yatt.. Ingat tadi nak gi ari ni tapi duit tabung cukup cukup untuk bayar duit Uber. Kang nak g jual tin dan plastik terpakai. Mana tau cukup untuk laptop nipis tu.. touchscreen lagi ! Haaa kauuuu ! Alang alang membeli , biar berhutang .. kan ? Baru padan muka aku !

Ke ada yang nak sponsor ??? Heee.. gurau jer.. Gurau la sangat yer..  Hurm.. mana satu yang penting eh ?

image

Pening pikir weh !

5 komen :

mas saari berkata... [Reply to comment]

Alaaa pening gak fikir, hahahaa!
Laptop kot sebab itu sumber rezeki, spek masih boleh pakai kan cuma karat sikit jer. Nanti ada rezeki lain baru beli spek.

antalya berkata... [Reply to comment]

dulukan laptop lah..sumber pendapatan utama tuh. cermin mata ada back up lg so later br buat. laptop dulu ok

Umminani berkata... [Reply to comment]

teringat pesan aben, biar nak beli aslkan hutang..eh betul ke nih, ke salah dengar

Shahrizat berkata... [Reply to comment]

beli cermin mata di kedai Alook ada pakej. Tak Mahal

Amalina berkata... [Reply to comment]

abang ben... nak gi lowyat...terus je ke sungei wang.. kat situ spec murah2 jugak.. insyaAllah tak cecah 600 rasanya... kan hari tu pernah viral jugak spec mata murah kat sungei wang tu.. sy baru aje buat.. power 700++ ngan kanta multicoat baru RM180...

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI