Rabu, 8 Mac 2017

Kaya raya tapi tak berlagak !

 

“ Alamak.. dia online messenger dia la.. Nak mesej ke tak eh ?”. Bisik hati aku. Takkan la dia nak balas mesej aku ! Hahahaha.. Sapa la aku ni kan..

Aku cuba menegur sapa.. Dan dia terus membalasnya ! Wowwww.. tak sangka sama sekali aku. Ingatkan takkan dilayan. Terus bertanya khabar dan berbual… seterusnya set satu meeting untuk satu projek besar ! Untuk aku dan anak-anak buah aku.. huhu.. Leader yang bagus , tak makan sorang punyaaa.. hehehe..

Dan tiba hari yang dijanjikan , dia sampai tepat pada waktunya. Respek ! Dan paling menarik.. hahaha.. dia datang dengan berpakaian macam.. sangat sangat simple ! Dia ni berbangsa cina dan berumur 60an. Kaya tapi menampakkan langsung kekayaannya. Bukan kedekut tapi dia banyak laburkan duit dia ke arah yang lebih mendatangkan hasil buatnya dan juga ‘orang kampung’ ! Fokus dia dari dulu hanyalah nak membantu orang kampung.

Bagusnya dia ni ialah mendengar pandangan orang muda cam aku dan juga kawan aku. Dia tak membantah pon sebaliknya memberi cadangan demi cadangan..

2 jam bersama dia , banyak maklumat yang aku perolehi dan sangat menakjubkan ! Bukan calang calang orang dia ni. Jangan menilai melalui pakaian dia woooo..

Terus teringat aku dengan orang orang kaya di negara kita ni.. kaya tak seberapa tapi dia punya menunjuk harta kekayaan tu.. hurmm.. Bila nak bantu orang , kena bayar dulu baru boleh kasi tips camana mau kaya ! Hehehheeee..

Alhamdulillah.. Projek on ! Tunggu bulan 11 nanti.. inshaAllah..

image

Zahra , nanti dah kaya.. Jangan tayang harta menda di media sosial yer ! Gunakan kekayaan tu dengan membantu mereka yang memerlukan. Dan biarlah Allah saja yang menilai tindakan kita tu..

Hidup biar sederhana..

11 komen :

Nurzakiah Hanum berkata... [Reply to comment]

bagus kan ada sifat merendah diri

Raihanah Ahmad berkata... [Reply to comment]

tak tayang harta tak semestinya tak kaya. betul tak?

mas saari berkata... [Reply to comment]

Respeklah orang macam tu, low profile! Pastu banyak bantu orang walaupun kaya.

Anum Abdullah berkata... [Reply to comment]

betul tu..kalau banyak harta tak payah nak tunjuk tunjuk sana sini..

Cikk Mimin berkata... [Reply to comment]

susah dah nak jumpa org kaya tak sombong skrg ni..

zeera lily berkata... [Reply to comment]

goodluck

Nurfaezah Abdullah berkata... [Reply to comment]

balance-kan kaya harta dan kaya akhlak

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Luar biasa tapi biasa-biasa itu lebih baik berbanding biasa-biasa tapi seolah luarbiasa itu bahaya..

Rozita Abdul Rahman berkata... [Reply to comment]

ramai bangsa diorg gitu ben.. saya kenal sorg yg macam tu jugak tp ada gudang besar woo..

cikpuanhady berkata... [Reply to comment]

comelnya Zahra..

btw.. memang salute kat uncle tu.. tp memang betul, kebanyakan cina yang kaya memang biasa-biasa aja gayanya.. :)

Jemput singgah blog saya

Siti Rohaida Yusof berkata... [Reply to comment]

tak ramai orang kaya macam dia...sesetengahnya berlagak!! hadoii

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI