Qhaliff terasa kehilangan ?

by - Jumaat, Mac 24, 2017

Dia perhatikan je aku dok gomol Aariz. Lepas aku berhenti , dia bersuara.. " Qhaliff nak jugak.. nak macam Aariz tuu.. ". Aku tau dah. Memang dia terasa lama dah. Aku tak membeza-beza anak anak aku. Sama je semua tapi diorang seolah olah bersaing sesama sendiri.. 
Ada ketika , Qhaliff dan Zahra berlari dan memeluk kaki aku.. 
" My daddy ! ". Qhaliff cakap. Dan Zahra membalasnya.. " Noo.. my daddy ! ".
Dah kenapa anak anak aku cakap omputeh skang ni ???? Macam macam laa diorang ni. Bila ngam , riuh rumah. Bila gaduh , aku riuh setaman ! Huhhh..
Sebab tu kekadang aku bawak Qhaliff gi lepak gym bersama aku tanpa Zahra. Kalau Zahra ikut , hurmm... abis gempa bumi gym tu ! Zahra , aku bawak berjalan bila Qhaliff gi sekolah. Dan dia sangat ok bila abang dia takda. Kalau dua dua ada , aku rasa macam diorang bergabung jadi Voltron lak ! Adehhh..
Bukan mengeluh.. ni semua kenangan terindah walaupun tekanan darah aku naik kekadang..


Jangan lupa sertai contest #SAYASIHAT dan menangi hadiah hadiah yang menarik ! 

You May Also Like

3 comments